TOMMY HILFIGER MENGGESA USAHAWAN SOSIAL UNTUK MENGAMBIL CABARAN PADA CABARAN PERBATASAN FESYEN TOMMY
- tuntastinta
- Mar 22, 2019
- 2 min read
AMSTERDAM, 21 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], dengan sukacitanya mengumumkan bahawa permohonan tahun dua untuk Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger kini dibuka. Program global itu bertujuan untuk menyokong keusahawanan peringkat permulaan dan perniagaan peringkat skala yang membangunkan penyelesaian yang menggalakkan perubahan inklusif dan positif di dalam fesyen. Selepas kejayaan pada tahun pertama, syarikat itu teruja untuk terus berusaha dalam mengenal pasti peluang-peluang yang menyokong kemajuan bagi industri fesyen. Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190321005068/en/ “Bab pertama bagi inisiatif global ini adalah satu perjalanan yang memberikan inspirasi yang memberi tumpuan kepada idea-idea luar biasa yang boleh mengubah kehidupan orang melalui suatu landskap fesyen yang lebih positif dan inklusif,” kata Tommy Hilfiger. “Melalui Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger kami meneruskan usaha untuk membimbing dan menyokong usahawan sosial yang menumpukan seluruh jiwa raga mereka terhadap menangani isu-isu yang mereka yakini. Ini meraikan semangat keusahawanan dan tekad keyakinan di tengah-tengah DNA jenama kami.” Perniagaan yang berminat dijemput untuk mengemukakan cadangan projek yang memberi tumpuan kepada fesyen inklusif. Dalam proses pelbagai peringkat selama empat bulan, pemohon akan dihadkan kepada enam peserta akhir yang akan dijemput untuk membangunkan pelan projek mereka dengan sokongan daripada sebuah pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar bahan yang berdedikasi dari Tommy Hilfiger di Campus of the Future di Amsterdam, Belanda. Mereka akan mengetengahkan konsep mereka yang telah dimuktamadkan pada Acara Akhir Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger global pada awal tahun 2020, di mana sebuah panel juri berprestij akan menganugerahkan €150,000 di antara dua pemenang untuk menyokong usaha mereka. Pemenang-pemenang akan juga menerima bimbingan selama satu tahun dengan pakar-pakar Tommy Hilfiger di seluruh dunia serta pakar-pakar INSEAD, sebagai tambahan kepada tempat di dalam Program Keusahawanan Sosial INSEAD (ISEP). Tambahan €10,000 akan diberikan kepada finalis yang memenangi “Undi Pilihan Penonton”. Acara Akhir bagi Cabaran pertama itu berlangsung pada Januari 2019, dengan satu Panel Juri selebriti pakar yang termasuk Encik Tommy Hilfiger; model dan aktivis, Arizona Muse; Ketua Pegawai Eksekutif, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah, Daniel Grieder; Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Pegawai Operasi, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah, Martijn Hagman; Rakan Pengasas, Social Impact Venture, Willemijn Verloop; Profesor Penuh dan Pengerusi bagi Keusahawanan Sosial di Católica-Lisbon dan Profesor pelawat di INSEAD, Filipe Santos; dan Pengarah Urusan, Fashion for Good, Katrin Ley. Sejumlah €210,000 telah dianugerahkan oleh Panel Juri di antara ketiga-tiga pemenang itu, termasuk Selina Wamucii, doctHERs dan Auf Augenhoehe. Misi Tommy Hilfiger adalah untuk menjadi satu daripada syarikat pereka gaya hidup lestari yang terkemuka melalui cara bagaimana ia menghasilkan produknya, menguruskan operasinya, dan berhubung dengan komunitinya dan pihak berkepentingan. Maklumat lanjut mengenai evolusi lestari Tommy Hilfiger boleh didapati di: http://global.tommy.com/int/en/about/corporate-responsibility/16 Permohonan dibuka dari 21 Mac, 2019 sehingga 12 Mei, 2019 dan boleh dikemukakan di sini. Maklumat lanjut mengenai Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger, termasuk cara untuk memohon, boleh didapati di sini: http://global.tommy.com/int/en/about/corporate-responsibility/16 Rakan-rakan dan pengikut bagi jenama itu adalah dijemput untuk menyertai perbualan di media sosial dengan menggunakan #TommyHilfiger, #FashionFrontierChallenge, #MakeNewPossible dan @TommyHilfiger.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11980
Kommentare