Chiba Aqualine Marathon 2020 akan diadakan dalam musim luruh
- tuntastinta
- Apr 2, 2019
- 1 min read
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Chiba Aqualine Marathon 2020, yang membawa tema ‘Run Along the Sea -- Ride like the Aqualine Breeze’ akan diadakan pada musim luruh.
Maraton itu akan diadakan pada tahun yang sama penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo.
Maklumat lanjut acara larian itu termasuk tarikh pertandingan akan ditentukan pada musim luruh nanti. Di Jepun musim luruh adalah antara bulan September hingga November.
Jawatankuasa Perancang Chiba Aqualine Marathon telah menetapkan perancangan asas bagi acara itu termasuk logo ketika mesyuarat agung ke-13 baru-baru ini.
Maklumat lanjut boleh dilayari menerusi Facebook, Instagram dan YouTube ‘Chiba Aqualine Marathon’.
-- BERNAMA











Comments