ANUGERAH PERKHIDMATAN PALING CEMERLANG HONG KONG CORPHUB 2019
- tuntastinta
- Apr 10, 2019
- 1 min read
HONG KONG, 9 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Disampaikan oleh CORPHUB, Majlis Anugerah Perkhidmatan Paling Cemerlang Hong Kong 2019 telah berjaya diadakan pada 21 Mac, 2019 di Kowloon Shangri-La, Hong Kong. Lebih daripada 60 buah syarikat dan organisasi tempatan dan antarabangsa telah menerima anugerah di atas pencapaian luar biasa mereka di dalam menyediakan perkhidmatan. Kesemua penerima anugerah telah dipilih oleh sebuah jawatankuasa bebas yang diterajui oleh pakar industri, anggota eksekutif dewan perniagaan, dan pemimpin-pemimpin untuk memastikan kesaksamaan, keterbukaan, dan pengiktirafan. Perkhidmatan sentiasa menjadi satu ciri utama bagi Hong Kong untuk mendapatkan reputasi mereka sebagai satu daripada bandar raya yang terbaik di dunia. Mewakili dari sektor yang berbeza, kesemua penerima anugerah mempamerkan kualiti perkhidmatan terbaik kepada perniagaan, pelanggan, dan orang awam, dengan memberikan sumbangan yang positif kepada pembangunan masyarakat. Majlis itu telah dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat, termasuk: Encik CY Lui, Pengurus Kanan, StartmeupHK, InvestHK; Dr. Francis Law, Presiden, Hong Kong Mediation Centre; Encik Rem Tai, Pengerusi, Silk Road Development Association; dan Cik Katherine Cheung, Pengurus Besar, Acara dan Pemasaran, Hong Kong Federation of E-Commerce. Acara itu dihiasi lagi oleh rangkaian menyeluruh dan pergaulan di antara tetamu dan lebih daripada 150 orang hadirin.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12044
Comments