top of page
Search

Pantene Japan lancar kempen bincang peraturan gaya rambut di sekolah Jepun

  • tuntastinta
  • Apr 11, 2019
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pantene Japan, sebuah jenama penjagaan rambut Procter & Gamble Japan telah melancarkan kempen '#HairWeGo What's Wrong With My Hair', yang mengajak dialog sosial mengenai peraturan gaya rambut di sekolah-sekolah Jepun.

Kempen itu dilancarkan di media sosial, radio, video (YouTube) dan pengiklanan akhbar, menurut satu kenyataan.

Dialog sosial itu termasuk supaya pelajar mengekalkan gaya rambut ekor kuda yang rendah dan mewarnakan rambut mereka yang semula jadi coklat kepada hitam, mengehadkan gaya potongan rambut yang dibenarkan dan memerlukan bukti warna rambut semula jadi dan lain-lain.

Pantene Japan telah mewujudkan peluang yang jarang didapati bagi dialog antara pelajar dan guru yang berpengalaman dengan mempunyai Sijil Rambut Semulajadi dengan mengumpulkan mereka menerusi video, untuk mewakili visi kecil matlamat kempen.

Penggambaran ini menyediakan tempat untuk membuka dan berkongsi pendapat yang jujur tentang peraturan sekolah yang berkaitan dengan rambut, termasuk soalan yang tidak pernah berpeluang ditanya oleh pelajar, dan pemikiran yang tidak pernah dikongsi oleh para guru.

Mengenai kempen itu, Pantene Japan juga membuat tinjauan meliputi 1,000 pelajar semasa dan bekas pelajar dan guru semasa di sekolah menengah dan sekolah tinggi dan mendapati bahawa majoriti kedua belah pihak mempunyai keraguan tentang peraturan gaya rambut.

Seorang daripada 13 murid semasa dan bekas pelajar sekolah menengah dan sekolah tinggi berkata mereka 'telah didesak untuk mewarnakan rambut mereka yang coklat semula jadi kepada hitam', dan 70 peratus guru mempunyai keraguan terhadap peraturan gaya rambut di sekolah mereka.

Kempen itu boleh diikuti melalui https://www.youtube.com/watchv=ILNVgpCltuw.

-- BERNAMA

 
 
 

Comentarios


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page