MARY KAY TERUS MENYOKONG PEMERKASAAN DAN KEPIMPINAN WANITA DALAM CORNERSTONE CONFERENCE DI FORUM WAN
- tuntastinta
- Apr 16, 2019
- 1 min read
Syarikat Kosmetik Global Menaja Acara Di Barcelona Untuk Peneraju Pemikir, Inovator dan Perintis Wanita DALLAS, 11 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lebih daripada 55 tahun selepas Mary Kay Ash menubuhkan Mary Kay Inc., yang kini merupakan antara pejuang korporat utama di dunia untuk pemerkasaan dan keusahawanan wanita, terus memberikan sokongannya terhadap kepimpinan wanita dengan menjadi penaja utama Cornerstone Conference Forum Wanita Antarabangsa (IWF). Acara yang diadakan pada 10-12 April di Barcelona, Sepanyol, menghimpunkan para pemikir, inovator dan perintis dari seluruh dunia untuk membincangkan isu global dari sudut pandang wanita.
Siaran akhbar ini mempunyai multimedia. Lihat siaran akhbar penuh di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190410005268/en/
Cornerstone Conference IWF menyediakan peluang dinamik bagi menyokong kepimpinan wanita pada peringkat tempatan dan juga global. IWF merupakan organisasi berkeahlian dan berpacukan misi yang disertai oleh lebih daripada 7,000 wanita ulung dari pelbagai latar belakang dari 33 buah negara di enam buah benua. Para peserta berkumpul untuk berkongsi pengetahuan, menyediakan rangkaian sokongan dan mendorong pengaruh. Gema Aznar, Pengurus Besar Mary Kay Sepanyol, akan memperkenalkan panel “Fashion Forward” yang ditampilkan semasa persidangan ini. Sepanyol merupakan kuasa yang semakin kuat di dalam bidang fesyen, dan ia mempunyai jenama-jenama yang dikenali termasuklah Zara, Mango dan Desigual. Panel ini akan membincangkan dinamik yang semakin pesat berubah di dalam industri ini dan memperhalusi cara kerja inovatif yang digunakan oleh para pereka dan pengeluar fesyen untuk kemampanan industri ini.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12046
Comments