top of page
Search

TACONIC BIOSCIENCES MELANCARKAN TRUBIOME™ UNTUK MENCIPTA MODEL HAIWAN DENGAN PROFIL MIKROBIOM TERSUA

  • tuntastinta
  • Apr 18, 2019
  • 2 min read

RENSSELAER, N.Y., 17 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian model rodensia yang direka bentuk secara genetik, mengumumkan pelancaran TruBIOMETM, penyelesaian jenis pertama yang mendayakan generasi dan penyelenggaraan tikus dengan profil mikrobiom tersuai. TruBIOMETM dibangunkan untuk memenuhi keperluan komuniti penyelidikan dalam penyelesaian mikrobiom yang menjanjikan kebolehramalan, kebolehulangan dan pemahaman biologi sistem yang dipertingkatkan dalam penggunaan model tikus. Ia adalah platform yang pertama dan satu-satunya yang membenarkan para penyelidik membangunkan model dengan profil mikrobiota tersuai dan seterusnya menghasilkan kajian kohort dengan mikrobiom yang serupa melalui pengawanan semula jadi, semuanya berlaku sambil dipantau dengan kawalan kualiti yang meluas. Penyelesaian TruBIOMETM juga termasuk Taconic Microbiota Repository™, koleksi profil mikrobiom yang tertakrif. Koleksi ini termasuk mikrobiom perut Tikus Liaryang dilesenkan daripada Institut Kebangsaan untuk Diabetes dan Penyakit Pencernaan dan Buah Pinggang (NIDDK) dan Altered Schaedler Flora (ASF). Menakrifkan mikrobiom memberikan pelanggan asas perbandingan untuk memahami mikrobiom model kajian mereka dengan lebih baik. Kadar atrisi terapeutik yang berpotensi dalam proses menjadi ubat-ubatan yang diluluskan, dengan lebih daripada 90% molekul ditemui menggunakan teknik tradisional gagal dalam percubaan klinikal manusia, berdasarkan artikel terkini dalam Forbes. Saintis sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan kadar ini melalui pemahaman dan kawalan faktor. Mikrobiom telah dikenal pasti sebagai penyumbang untuk faktor eksperimen. Para penyelidik menjalankan kajian mikrobiom dan mereka yang mencari penemuan ubat-ubatan umum perlu memahami impak mikrobiom dengan lebih baik. Memahami mikrobiom bukan sahaja akan memberi pemahaman tentang faktor pembauran yang berpotensi, tetapi juga dapat membawa kepada pengenalpastian sasaran ubat-ubatan yang baru. “Pengalaman selama berdekad menerajui industri dalam pengeluaran tikus bebas kuman komersial, pemerolehan bebas kuman dan perkhidmatan penternakan gnotobiotik memberi Taconic asas yang kuat untuk mendayakan pelanggan mengakses penyelesaian yang mereka perlukan bagi menyelesaikan cabaran kajian mikrobiom,” ujar Nancy Sandy, ketua pegawai eksekutif di Taconic. “Pelancaran TruBIOMETM sangat menarik kerana ia memberi keupayaan kepada penyelidik untuk mengetahui cara kepelbagaian mikrobiom memberi impak kepada eksperimen model haiwan mereka.” TruBIOMETM melengkapkan platform sedia ada Taconic, yang termasuk tikus bebas kuman, pemerolehan bebas kuman dan persatuan mikrobiota tersuai.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12068

 
 
 

Comentarios


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page