top of page
Search

ISID MEMPEROLEHI SYARIKAT IT INDONESIA DENGAN TUJUAN UNTUK MEMPERLUASKAN PERNIAGAAN DENGAN MENSASARK

  • tuntastinta
  • Apr 19, 2019
  • 2 min read

TOKYO, 17 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Information Services International-Dentsu, Ltd. (TOKYO: 4812) (“ISID” Ibu Pejabat: Minato-ku, Tokyo; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif: Ryoichi Nawa) hari ini mengumumkan bahawa melalui anak syarikatnya PT. ISID INDONESIA (Ibu Pejabat: Jakarta, Indonesia; Presiden Pengarah: Takuya Ono; kemudian dari ini, “ISID INDONESIA”), ia telah memperoleh 75% kepentingan ekuiti di dalam PT. Ebiz Cipta Solusi (Ibu Pejabat: Jakarta, Indonesia; Presiden Pengarah: Dedy Effendi Lingga; kemudian dari ini “Ebiz”), yang terlibat di dalam perniagaan IT di Indonesia. Dengan pengambilalihan ini, Ebiz kini menjadi sebuah anak syarikat milik ISID. Ebiz adalah sebuah syarikat IT yang terlibat di dalam penjualan penyelesaian perisian yang dibangunkan sendiri dan oleh pihak ketiga serta penyediaan perkhidmatan sokongan teknikal. Penyelesaian pelaporan yang dibangunkan secara proprietari oleh Ebiz “Siri Maleo” untuk pihak berkuasa kewangan mempunyai bahagian pasaran yang mantap dan digunakan oleh lebih daripada 20 buah syarikat pemajakan dan kewangan utama Indonesia, termasuk yang disenaraikan sebagai 10 teratas. Baru-baru ini di Indonesia, pengawasan yang dipertingkatkan oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Indonesia telah meningkatkan keperluan untuk melaporkan penyelesaian bagi semua perbadanan yang berkaitan kewangan Indonesia (syarikat pajakan dan kewangan, bank, syarikat sekuriti, penyedia insurans), dengan itu pertumbuhan yang signifikan adalah dijangkakan di dalam perniagaan bagi Ebiz di masa hadapan. ISID INDONESIA terlibat di dalam perniagaan penyatuan sistem, terutamanya untuk perbadanan Jepun yang beroperasi di Indonesia. Dan, ia telah menyaksikan sejak beberapa tahun yang lalu, peningkatan permintaan pasaran bagi “Lamp”, sistem teras komprehensif untuk perniagaan pajakan dan pembiayaan yang dibangun dan digunakan oleh Kumpulan ISID di China dan rantau ASEAN. ISID INDONESIA telah melaksanakan Lamp untuk pelbagai pelanggan di Indonesia, termasuk empat syarikat pemajakan dan pembiayaan Jepun terkemuka yang menjalankan perniagaan di negara itu. Dengan pengambilalihan ini, Kumpulan ISID akan menambahkan kepada barisan penyelesaian mereka penyelesaian pelaporan Ebiz bagi pihak berkuasa kewangan yang dikehendaki oleh bakal pelanggan dan pelanggan Lamp yang sedia ada. Di samping itu, Kumpulan ISID berhasrat untuk mengembangkan perniagaan penyelesaian kewangan mereka di Indonesia dengan mempercepatkan penjualan Lamp dan pelbagai penyelesaian lain yang memanfaatkan pangkalan pelanggan tempatan Ebiz.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12070

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page