top of page
Search

AWS LANCAR WILAYAH BAHARU DI HONG KONG

  • tuntastinta
  • Apr 29, 2019
  • 3 min read

SEATTLE, 25 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Amazon Web Services, Inc. (AWS), sebuah syarikat Amazon.com (NASDAQ: AMZN), hari ini mengumumkan pembukaan Wilayah AWS Asia Pasifik (Hong Kong). Dengan pelancaran ini, AWS kini merangkumi 64 Zon Ketersediaan di 21 kawasan geografi di seluruh dunia, dan telah mengumumkan rancangan untuk 12 lagi Zon Ketersediaan dan empat lagi Wilayah AWS di Bahrain, Cape Town, Jakarta, dan Milan. Wilayah AWS Asia Pasifik (Hong Kong) itu adalah wilayah AWS aktif kelapan di Asia Pasifik dan tanah besar China bersama-sama dengan Beijing, Mumbai, Ningxia, Seoul, Singapura, Sydney, dan Tokyo. Bermula hari ini, pemaju, syarikat permulaan, dan perusahaan, serta organisasi kerajaan, pendidikan, dan organisasi yang tidak mencari keuntungan boleh memanfaatkan Wilayah AWS Asia Pasifik (Hong Kong) yang baharu itu untuk menjalankan aplikasi mereka secara tempatan, memberi perkhidmatan kepada pengguna akhir merentasi Hong Kong dengan pendaman yang lebih rendah, dan memanfaatkan teknologi termaju dari awan terkemuka di dunia dengan perkhidmatan awan yang paling luas dan mendalam untuk memacukan inovasi. Pelanggan boleh bermula mulai hari ini di: https://aws.amazon.com/local/hongkong/ “Hong Kong diiktiraf secara global sebagai sebuah hab teknologi kewangan terkemuka dan satu daripada tempat teratas di mana syarikat permulaan memulakan perniagaan mereka, oleh itu kami mempunyai ramai pelanggan yang meminta kami mengadakan sebuah Wilayah AWS di Hong Kong agar mereka dapat membina perniagaan mereka di awan yang terkemuka di dunia dengan set ciri-ciri yang paling luas dan paling mendalam,” kata Peter DeSantis, Naib Presiden bagi Infrastruktur Global dan Sokongan Pelanggan, Amazon Web Services. “Persekitaran perniagaan yang dinamik yang wujud di Hong Kong – di antara syarikat permulaan, perusahaan, dan organisasi kerajaan – mendorong mereka untuk menjadi satu daripada bidang digital terpenting di Asia. Dengan menyediakan sebuah Wilayah AWS di Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong, kami berharap ini membolehkan lebih banyak pelanggan menjadi lebih tangkas, berinovasi, dan mengubah pengalaman pengguna akhir mereka untuk beberapa dekad yang akan datang.” “Kami gembira kerana dapat melihat pelancaran rasmi Wilayah AWS Asia Pasifik (Hong Kong), dan ia datang pada masa kami menerapkan transformasi digital dan berkembang menjadi sebuah hab inovasi dan teknologi antarabangsa,” kata Nicholas W Yang, JP, Setiausaha untuk Inovasi dan Teknologi, Kerajaan Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong. “Data telah menjadi sebuah mata wang baharu bagi ekonomi digital dan satu bahan bakar baharu untuk inovasi. Rangkaian infrastruktur ini adalah satu komponen penting untuk memupuk kemajuan teknologi, sekali gus membolehkan inovasi yang lebih besar dan memudahkan lagi transformasi digital kami. Pembukaan Wilayah AWS Asia Pasifik (Hong Kong) juga meningkatkan kedudukan kami sebagai sebuah hab data dan menempatkan Hong Kong pada satu kedudukan yang kukuh untuk memimpin gelombang inovasi yang seterusnya di dalam teknologi yang berkaitan data.” Wilayah AWS Asia Pasifik (Hong Kong) menawarkan tiga Zon Ketersediaan pada pelancaran. Wilayah AWS terdiri daripada Zon Ketersediaan, yang merupakan infrastruktur teknologi di lokasi geografi yang terpisah dan berbeza dengan jarak yang mencukupi untuk mengurangkan risiko bagi sesuatu peristiwa daripada memberi kesan kepada kesinambungan perniagaan, namun cukup dekat untuk menyediakan pendaman rendah bagi aplikasi ketersediaan tinggi. Setiap Zon Ketersediaan mempunyai kuasa, penyejukan, dan keselamatan fizikal secara persendirian dan dihubungkan melalui rangkaian lewah, pendaman ultra rendah. Pelanggan AWS yang memberi tumpuan kepada ketersediaan tinggi boleh mereka aplikasi mereka untuk berfungsi di beberapa Zon Ketersediaan bagi mencapai toleransi kesalahan yang lebih besar. Dengan skala tiga bagi Zon Ketersediaan, Wilayah AWS Asia Pasifik (Hong Kong) akan membolehkan organisasi untuk menyediakan pendaman yang lebih rendah kepada pengguna akhir di Hong Kong, dan merentasi Asia Pasifik. Di samping itu, pelanggan AWS tempatan yang mempunyai keperluan residensi data kini boleh menyimpan kandungan mereka di Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong dengan jaminan bahawa kandungan mereka tidak akan bergerak tanpa persetujuan, sementara pelanggan yang membina aplikasi kini mempunyai akses kepada satu lagi wilayah infrastruktur AWS yang selamat yang memenuhi tahap keselamatan, pematuhan, dan perlindungan data yang paling tinggi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12090

 
 
 

Comentários


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page