top of page
Search

P&G meningkatkan taraf hidup pekebun kecil dalam rantaian bekalan sawit Malaysia

  • tuntastinta
  • Apr 29, 2019
  • 2 min read

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Procter & Gamble Company (P&G) bekerjasama dengan Institut Rangkaian Pembekalan Malaysia bagi meningkatkan taraf hidup pekebun kecil dalam rantaian bekalan sawit P&G di Malaysia.

International Plant Nutrition Institute dan Yara International juga merupakan sebahagian daripada kerjasama baharu yang diumumkan.

Antara 2015 dan 2018, P&G menjalankan projek perintis yang berjaya dengan memberi tumpuan kepada penilaian keupayaan seramai 2,000 pekebun kecil di Johor.

Susulan kejayaan itu, program ini dikembangkan dengan mewujudkan 250 ladang perintis yang akan diserapkan dalam sistem inovasi yang diterajui P&G.

Ladang ini berperanan sebagai pusat sumber komuniti untuk meningkatkan pengetahuan amalan pertanian baik untuk lebih 10,000 pekebun kecil dalam tempoh lima tahun.

Matlamatnya untuk meningkatkan hasil daripada 30 peratus kepada 50 peratus, meningkatkan taraf hidup petani pekebun kecil dan memastikan amalan kelestarian dalam rantaian bekalan minyak sawit P&G.

Petani di 250 ladang perintis ini akan mempunyai akses terus kepada pegawai kelestarian bidang dan ahli argonomi, serta menerima nasihat teknikal dan sokongan secara langsung.

Mereka akan bersama-sama untuk melaksanakan pengurusan operasi ladang terbaik termasuk mengoptimumkan penuaian, tanaman nutrien dan pengurusan bajet.

Sebagai balasannya pekebun kecil ini akan berperanan sebagai jurulatih sumber dan berusaha untuk membantu peladang yang lain dalam komuniti mereka.

Naib Presiden Bahagian Kimia P&G, Jack Ryan berkata syarikat itu berbangga atas kerja mereka di Malaysia kerana ia merupakan perkara yang tepat dilakukan untuk komuniti tempatan dan pelanggan global yang menuntut lebih banyak produk kelestarian.

Kelestarian dalam sistem disokong oleh perkongsian minat dalam kalangan pekebun kecil, pemproses minyak sawit dan rantaian bekalan baja.

Matlamatnya adalah untuk meningkatkan produktiviti ladang dan meneruskan memenuhi permintaan untuk kelestarian minyak sawit dan minyak isi rong sawit.

Pekebun kecil menyumbang sebanyak 40 peratus bekalan minyak sawit dunia. Bagaimanapun, kebanyakkan mereka mempunyai pengetahuan dan akses yang terhad terhadap sumber pertanian bagi membantu memaksimumkan tanaman mereka.

-- BERNAMA

 
 
 

Commentaires


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page