HANGZHOU, CHINA: MENCERITAKAN KISAH-KISAH KETIMURAN YANG MENARIK DENGAN KARTUN DAN ANIMASI
- tuntastinta
- Apr 30, 2019
- 1 min read
HANGZHOU, China, 29 April, 2019 /Xinhua-AsiaNet/-- Bandar raya Hangzhou di timur China dikenali sebagai “Ibu Kota Cinta” bagi China, di mana banyak cerita ketimuran yang menarik telah berlaku, seperti kisah “Liang Zhu”, yang dianggap sebagai “Romeo dan Juliet Ketimuran”. Sementara itu, Hangzhou mempunyai industri internet dan ekonomi digital yang paling maju di China. Didorong oleh penanaman budaya dan unsur-unsur cerita yang kaya, ditambah pula dengan teknologi digital yang bersifat paling baharu dan progresif, sebilangan besar artis-artis dan usahawan teknologi muda telah menjadikan Hangzhou sebagai sebuah “ibu kota kartun & animasi” dengan gayanya yang unik. Hasil daripada perkembangan kartun dan animasi, bandar raya oriental yang terkenal ini telah menunjukkan vitaliti bandarnya dengan lebih kepelbagaian. Bermula dari tahun 2005, Hangzhou mengadakan sebuah pesta tahunan di seluruh bandar raya itu dengan nama “kartun & animasi” setiap bulan Mei. Sepanjang 14 tahun yang lalu, sejumlah 16.2 juta orang dari seluruh dunia telah mengambil bahagian di dalam acara tersebut. Seperti yang dijadualkan, dari 30 April hingga 5 Mei tahun ini, Festival Kartun & Animasi Antarabangsa China ke-15 akan diadakan di Hangzhou. Disney, Sony Entertainment dari Amerika Syarikat, Webtoon, platform komik terbesar Korea Selatan, dan syarikat-syarikat kartun dan syarikat animasi, organisasi dan tetamu dari 86 buah negara dan wilayah dari seluruh dunia datang ke Hangzhou untuk mengambil bahagian di dalam acara itu, iaitu, buat masa ini, satu-satunya pameran kartun dan animasi profesional kebangsaan di China, serta festival kartun dan animasi yang paling popular dan berpengaruh di dunia.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12100
Comments