top of page
Search

UNISYS MENGUMUMKAN PENGINTEGRASIAN BAGI UNISYS STEALTH(R) SECURITY DENGAN PERISIAN PEMULIHAN SIBER Y

  • tuntastinta
  • May 3, 2019
  • 1 min read

LAS VEGAS dan BLUE BELL, Pa., 1 Mei, 2019/Medianet International-AsiaNet/-- Stealth(TM) akan membuat operasi sokongan dan pemulihan agar lebih selamat dan pada masa yang sama membolehkan penggunaan yang lebih fleksibel dan “bilik-bilik bersih” maya sebagai satu persekitaran yang selamat untuk pemulihan sistem dan data Unisys Corporation (http://www.unisys.com/)(NYSE: UIS) hari ini mengumumkan di Dell Technologies World 2019 bahawa suite perisian keselamatan bagi Unisys Stealth(R) mereka yang telah memenangi anugerah (http://www.unisys.com/offerings/security-solutions/unisys-stealth-products-and-services) telah diintegrasikan dengan perisian Pemulihan Siber Dell EMC (https://www.emc.com/about/news/press/2018/20181017-01.htm#globalnav=open) untuk menyediakan perlindungan yang dipertingkatkan kepada operasi pemulihan siber pelanggan. Penyelesaian bersepadu itu akan boleh diperolehi mulai Jun 2019. Stealth(TM), yang termasuk keupayaan Pengasingan Dinamik(TM) untuk dengan pantas mengasingkan peranti atau pengguna apabila ada tanda-tanda awal bahawa kedudukan mereka terjejas, mengurangkan serangan permukaan di dalam persekitaran ini dengan mewujudkan mikrosegmen dinamik, yang didorong oleh identiti yang dipanggil komuniti yang mempunyai kepentingan (COI). Dengan mewujudkan COI yang selamat, Stealth memisahkan sistem, pengguna dan data yang dipercayai daripada yang tidak dipercayai. Ia seterusnya mengurangkan serangan permukaan dengan menyulitkan semua komunikasi di antara aset yang dilindungi oleh Stealth dan menyembunyikan aset itu daripada pengguna yang tidak dibenarkan. Dengan pengumuman hari ini, keupayaan yang disediakan oleh Stealth akan meningkatkan keselamatan bagi pengguna Pemulihan Siber Dell EMC, satu penyelesaian yang mengurus dan mengautomasikan pengasingan dan pemulihan bagi data sokongan yang penting bagi perniagaan supaya organisasi boleh menyambung semula operasi perniagaan dengan cepat berikutan perisian tebusan atau serangan siber yang disruptif.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12114

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page