top of page
Search

EPIQ MENGUMUMKAN RANCANGAN UNTUK MENGUKUHKAN PENYELESAIAN DAN KEPIMPINAN

  • tuntastinta
  • May 8, 2019
  • 2 min read

Michelle Deichmeister Menyertai Epiq untuk Memimpin Penyelesaian Transformasi Perniagaan Global NEW YORK, 7 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Epiq, peneraju global dalam industri perkhidmatan guaman, hari ini mengumumkan bahawa Michelle Deichmeister telah menyertai mereka sebagai presiden dan pengurus besar bagi memimpin perniagaan penyelesaian transformasi perniagaan global. Deichmeister, eksekutif berpengalaman yang cemerlang dalam memacu pertumbuhan dan keuntungan perniagaan, membawa lebih daripada 30 tahun pengalaman kepimpinan kanan dan pengurusan kepada Epiq. Deichmeister mempunyai pengalaman yang signifikan dalam menggunakan skala operasi global menerusi proses disiplin dan rekod pencapaian dalam memberikan kepuasan pelanggan yang sangat tinggi. Beliau bakal menggalas tanggungjawab untuk mengembangkan julat penyelesaian, daripada penyelesaian proses perniagaan hingga penyumberan luar proses perniagaan (BPO) didayakan teknologi yang baharu dan penyelesaian transformasi berfokuskan firma guaman dan perkembangan ke jabatan perundangan korporat dalam cabang kewangan dan perbankan, minyak dan gas, farmaseutikal dan teknologi. “Epiq kini menyediakan penyelesaian pengurusan dan teknologi pada tapak kepada lebih daripada 425 buah firma guaman di seluruh A.S.,” kata David Dobson, ketua pegawai eksekutif Epiq. “Mengembangkan penyelesaian yang berjaya ini ke syarikat dan cabang tambahan membolehkan pelanggan korporat kami mencipta nilai yang tinggi untuk organisasi tempat mereka berkhidmat dengan mentransformasikan untuk masa hadapan, melangkaui teknologi. Dengan latar belakang Michelle dan pengalamannya yang terbukti dalam melaksanakan strategi serupa pada skala global, kami bersedia untuk mengembangkan tawaran kami ke negara baharu dan merentasi cabang baharu.” “Jawatan kepimpinan Epiq ialah bukti individu berbakat dalam perniagaan hari ini,” kata Deichmeister. “Pelanggan kami merupakan bukti dedikasi, semangat serta pengalaman pelanggan kelas dunia mereka dan saya berharap untuk membangunkan lagi asas kukuh yang telah wujud pada hari ini. Saya teruja dengan kepelbagaian penyelesaian yang Epiq telah sediakan dan gembira kerana David telah mengajak saya untuk memimpin usaha baharu di Epiq ini. Penyelesaian transformasi perniagaan mampu memacu nilai perusahaan untuk pelanggan kami menerusi keberkesanan yang dicipta dengan proses, kakitangan dan teknologi yang lebih baik.” Baru-baru ini, Deichmeister berkhidmat sebagai naib presiden eksekutif untuk Exela Technologies dan bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pelaksanaan strategi serta operasi syarikat tersebut. Deichmeister juga pernah menggalas peranan kepimpinan eksekutif di Novitex Enterprise Solutions dan Affiliated Computer Services, Inc. (ACS), yang sebelum ini merupakan syarikat Xerox. Deichmeister telah menyertai program kepimpinan eksekutif di University of Virginia Darden School of Business dan mempunyai sijil Tali Pinggang Hitam Six Sigma. Perihal Epiq Epiq, peneraju global dalam industri perkhidmatan undang-undang melaksanakan tugas berskala besar dan kian rumit untuk peguam korporat, firma undang-undang dan ahli perniagaan dengan penuh efisien, ketelusan dan keyakinan. Klien bergantung pada Epiq untuk memperkemaskan pentadbiran pengendalian perniagaan, tindakan kumpulan dan tort massa, pelaporan mahkamah, ePenemuan, kawal selia, pematuhan, penstrukturan semula dan hal kemuflisan. Kepakaran isi dan teknologi Epiq menghasilkan keberkesanan melalui kepakaran dan memberikan keyakinan kepada klien berprestasi tinggi di serata dunia. Ketahui dengan lebih lanjut di www.epiqglobal.com.

Hubungan Akhbar Jill Brown Epiq +1 713 933 2905 jbrown@epiqglobal.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/bb1f5035-19d5-46a2-ab7a-5fa7947e6bf5 Sumber: Epiq Systems Inc --BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page