VINAPHONE MEMILIH KOOLSPAN UNTUK MENJANAKAN PENYELESAIAN KOMUNIKASI PROCALL SECARA SELAMAT
- tuntastinta
- May 9, 2019
- 1 min read
Kerjasama di antara VinaPhone dan KoolSpan menandakan perluasan komunikasi bagi suara mudah alih, teks dan data secara selamat ke Vietnam
HANOI, Vietnam & BETHESDA, Md., 8 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- VinaPhone (http://vinaphone.com.vn), pembekal terkemuka bagi teknologi dan perkhidmatan telekomunikasi termaju kepada kerajaan, perusahaan, perniagaan kecil & sederhana, dan pengguna di Vietnam mengumumkan perkongsian mereka dengan KoolSpan (https://KoolSpan.com), untuk menjanakan ProCallTM VinaPhone, (http://procall.vn/en/), penyelesaian komunikasi mudah alih yang selamat untuk Vietnam. Dengan anggaran KDNK 2018 melebihi $700 Bilion dan jumlah penduduk hampir 100 juta orang, Vietnam adalah merupakan sebuah hab ekonomi dan kebudayaan yang penting yang merangkumi syarikat-syarikat pembuatan, teknologi maklumat dan tenaga yang semakin meningkat.
Rangkaian telekomunikasi di seluruh dunia adalah terdedah kepada pengawasan dan pemantauan bagi panggilan telefon dan pesanan teks oleh penjenayah siber, penggodam, dan negara bangsa. Pihak-pihak ini melakukan pengintipan korporat, mencuri harta intelek dan maklumat kewangan yang sensitif, memantau panggilan dan pesanan, dan menjejaskan privasi dan keselamatan orang ramai di seluruh dunia.
Dengan ProCall, kakitangan kerajaan, komuniti perniagaan dan pengguna di seluruh Vietnam boleh melindungi panggilan telefon mudah alih dan sembang dari pengawasan yang menyasarkan maklumat kerajaan atau mencari kelebihan perniagaan yang tidak adil melalui pengintipan korporat/ perniagaan.
ProCall menyampaikan penyulitan hujung ke hujung yang teguh untuk panggilan mudah alih dan sembang dengan menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh KoolSpan, Inc. yang berpangkalan di Bethesda, MD.
ProCall adalah penyelesaian terkemuka yang menyampaikan penyulitan hujung ke hujung (E2E) untuk panggilan dan pesanan/ sembang di Vietnam. ProCall menyampaikan panggilan telefon dengan selamat dengan audio berdefinisi tinggi melalui penyelesaian intuitif dan mudah untuk digunakan. Pengguna ProCall boleh membuat panggilan telefon secara selamat dengan baik seakan seperti panggilan biasa yang tidak selamat.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12130
Comentarios