PANGGILAN PERSIDANGAN KEPUTUSAN KEWANGAN SUKU PERTAMA 2019 THE WE COMPANY
- tuntastinta
- May 10, 2019
- 1 min read
NEW YORK, 9 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WeWork Companies Inc. (“Syarikat” itu), sebagai penerbit bagi Not Senior 7.875% mereka yang akan matang pada tahun 2025 (“Not Senior”), akan mengadakan satu panggilan persidangan pada Rabu, 15 Mei 2019, pada pukul 4:00 petang Waktu Timur bagi manfaat peserta-peserta tertentu yang layak untuk membincangkan keputusan kewangan Syarikat itu bagi suku pertama tahun 2019. Pemegang semasa dan pemilik benefisial bagi Not Senior itu, bakal pembeli bona fide bagi Not Senior itu yang merupakan pembeli institusi yang berkelayakan (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Peraturan 144A di bawah Akta Sekuriti 1933) atau orang bukan warga Amerika Syarikat (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Peraturan S di bawah Akta Sekuriti 1933), penganalisis sekuriti, dan institusi kewangan yang membuat pasaran boleh mendapat akses kepada maklumat panggilan untuk panggilan persidangan dengan mendaftar di laman web selamat Syarikat itu di investors.wework.com. Maklumat tambahan mengenai panggilan itu (termasuk nombor untuk mendail) akan disediakan di laman web yang selamat itu. Pihak-pihak yang memohon akses kepada laman web selamat Syarikat itu akan dikehendaki menyediakan perwakilan dan waranti tertentu yang mengesahkan status mereka sebagai pemegang atau pemilik benefisial bagi Not Senior itu, pembeli institusi yang berkelayakan bagi Not Senior itu, atau penganalisis sekuriti atau pembuat pasaran dan bahawa maklumat yang diberikan pada laman web Syarikat yang selamat itu akan dianggap sebagai sulit. Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190508005656/en/ Hubungi Pertanyaan Pelabur: Aristaia Vasilakis Investor@wework.com Pertanyaan Media: Dominic McMullan Press@wework.com Sumber : WeWork Companies Inc. Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. --BERNAMA
Comments