AENEAS CAPITAL AND PYRINAS MENSASARKAN PELANCARAN DANA AS$120 JUTA UNTUK MEMBANGUNKAN EKOSISTEM MAKM
- tuntastinta
- May 16, 2019
- 2 min read
HONG KONG, 16 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- · Aeneas Capital dan Pyrinas, kedua-duanya syarikat gabungan kepada Aptorum Group Ltd (Nasdaq: APM), akan melancarkan dana perdana mereka – Pyrinas US Healthcare Real Estate Fund 1 SP – untuk memperoleh dan membangunkan ruang bekerja bersama dan kemudahan inkubator bagi sektor sains hayat di Amerika Syarikat; · Peluang untuk melabur dalam satu daripada sektor hartanah yang paling bertenaga di Amerika Syarikat yang pada masa ini tidak terdapat di kebanyakan negara Asia Pasifik. Satu kepelbagaian geografi dan kelas aset yang besar dalam pelaburan hartanah Asia Pasifik; · Menembusi ke dalam sektor sains hayat yang pada umumnya mempunyai satu daripada halangan yang paling tinggi untuk kemasukan di kalangan industri yang berbeza; · Pasukan penasihat/pengurusan yang berpengalaman dan unik di dalam sektor yang khusus ini dengan rekod prestasi operasi yang mantap. Aeneas Capital Limited (“ACL”) dan Pyrinas Real Estate Management Limited (“Pyrinas”), yang berpusat di Hong Kong, akan melancarkan sebuah dana hartanah tertutup berinovatif bernilai AS$120 juta – Pyrinas US Healthcare Real Estate Fund 1 SP – dengan tumpuan kepada bandar raya terpilih di seluruh Amerika Utara. Disokong oleh ekosistem syarikat gabungannya, Aptorum Group (Nasdaq: APM), objektif pelaburan utama dana itu adalah untuk memperoleh dan membangunkan semula hartanah ke dalam makmal bersama dan kemudahan inkubator bagi permulaan sektor sains hayat, satu daripada sektor yang paling bertenaga di Amerika Utara. Dana itu akan menumpukan pelaburannya terutamanya di empat bandar raya Amerika Utara yang dimandat (iaitu Cambridge, Boston, Houston, dan San Francisco di Amerika Syarikat dan Toronto di Kanada). Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190515005721/en/ Encik Matthew Wong, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Pyrinas, mengulas, “Bandar raya-bandar raya ini telah dipilih dengan mengambil kira beberapa faktor penting yang kami percaya berada pada kedudukan yang terbaik untuk memanfaatkan pertumbuhan kukuh dalam industri sains hayat. Dana itu akan memberi tumpuan kepada perolehan dan pembangunan hartanah yang sesuai untuk sektor penjagaan kesihatan dan sains hayat, terutamanya dalam operasi makmal dengan sebuah model ruang kerja bersama. Kami melihat permintaan yang semakin kukuh untuk ruang oleh syarikat-syarikat sains hayat dan syarikat permulaan, yang digalakkan oleh pasaran pelaburan modal teroka yang berkembang pesat di Amerika Utara.” Dana itu mensasarkan saiz pelancaran sehingga AS$120 juta dengan sasaran pulangan sebanyak 15-19% setahun (IRR Bersih) dalam tempoh empat tahun dengan tambahan satu tahun. Pyrinas pada masa ini sedang berbincang dengan beberapa pelabur institusi dan rakan kerjasama. Bersama dengan syarikat gabungannya Aptorum Group Limited (Nasdaq: APM) dan Aeneas Capital, dana itu juga bertujuan memupuk penyelidikan perubatan, pembangunan harta intelektual, dan kerjasama di antara saintis, penyelidik, pelabur, dan peserta industri; dan pada masa yang sama menyediakan penyelesaian hartanah yang menggalakkan satu ekosistem untuk interaksi saling bekerjasama di antara industri, pelabur, kerajaan dan akademik. Dana itu disasarkan kepada pelabur institusi dan profesional sahaja dan tertakluk kepada sekatan dalam bidang kuasa tertentu.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12154
Comments