top of page
Search

TOSHIBA MEMORY CORPORATION MENINGKATKAN KAPASITI UNTUK BEBAN KERJA YANG MEMERLUKAN PRESTASI DENGAN S

  • tuntastinta
  • May 29, 2019
  • 1 min read

SSD NVMe Baharu menawarkan sehingga 2TB[1] untuk aplikasi pelanggan atasan dan pergerakan pusat data

TOKYO, 28 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, pemimpin dunia di dalam penyelesaian ingatan, hari ini mengumumkan Siri pemacu keadaan pepejal (SSD) XG6-P, satu derivatif bagi Siri XG6 mereka. Dengan menawarkan kapasiti[2] sehingga 2,048GB dan lebih 30 peratus lebar jalur menulis berurutan yang lebih tinggi berbanding yang terdahulu[3], XG6-P itu sesuai untuk komputer meja stesen kerja dan sistem permainan mewah, serta pusat data yang mengoptimumkan kos dan infrastruktur tergubahkan. XG6-P akan memulakan pensampelan kepada pelanggan OEM dalam jumlah terhad bermula dari pertengahan Jun. Memanfaatkan BiCS FLASH™ 3D TLC (3 bit bagi setiap sel) 96-lapisan Toshiba Memory, SSD XG6-P menyediakan kapasiti storan yang tinggi, dan pada masa yang sama mengekalkan janji bagi storan ultra-nipis, berkelajuan tinggi dengan kecekapan kuasa yang luar biasa. Siri XG6-P itu mencirikan antara muka PCIe® Gen 3 x4 lorong (rev 3.1a) / NVMe™ (rev 1.3a) dan menyampaikan sehingga 3,180MB bagi bacaan berurutan dan 2,920MB bagi menulis[4], dan sehingga 355,000 bacaan rawak dan 365,000 menulis rawak IOPS[5]. Selain itu, SSD XG6-P beroperasi pada kurang daripada 5 Watt, dengan memberikan nisbah prestasi-ke-kuasa yang sangat baik ke dalam sebuah jejak yang tumpat dan padat. Dengan mempunyai kapasiti dua kali ganda dari XG6, kelajuan menulis lebih pantas berbanding daripada XG5-P, dan satu lagi sampul kuasa yang lebih rendah dan faktor bentuk yang lebih kecil daripada pusat data kelas XD5, Siri XG6-P yang baharu itu menawarkan satu pilihan storan M.2 NVMe tambahan untuk seterusnya mengoptimumkan penyelesaian pelanggan atau persekitaran pusat data.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12188

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page