CHANGCHUN BAKAL MENJADI DESTINASI PELANCONGAN SUKAN YANG UTAMA DI CHINA
- tuntastinta
- May 30, 2019
- 2 min read
CHANGCHUN, China, 29 Mei, 2019 /Xinhua-AsiaNet/-- Lebih daripada 30,000 orang pelari maraton dan peminat sukan berkumpul di Changchun, ibu negeri bagi Wilayah Jilin, untuk satu perlumbaan maraton antarabangsa pada 27 Mei. Gabungan daripada acara itu dan industri pelancongan telah menyuntik tenaga ke dalam cita-cita bandar raya itu untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan sukan yang utama di China, menurut Biro Sukan Changchun. Terletak di timur laut China, Changchun mempunyai sumber ais dan salji yang begitu banyak dan sebuah iklim yang nyaman. Ia juga merupakan satu daripada dua bandar raya China yang menjadi kediaman bagi pemenang pingat emas bagi kedua-dua Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk. Pentadbiran sukan di bandar raya itu telah menerokai pelbagai cara untuk menggalakkan rakyatnya mengambil bahagian di dalam bidang sukan, yang telah menghasilkan keputusan yang baik. Perlumbaan maraton antarabangsa tahunan itu berada dalam agenda laporan kerajaan bandar raya itu, yang berhasrat untuk menarik lebih ramai rakyat untuk mengamalkan satu gaya hidup yang sihat. Kira-kira 70 peratus daripada hasil Changchun dilaburkan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan mata pencarian rakyatnya, agar mereka dapat merasakan nikmat yang lebih baik daripada pembangunan di bandar raya itu. Changchun mempunyai pangkalan tertua negara itu untuk industri automobil dan penerbitan filem, dan adalah merupakan pendukung bagi industri seperti kenderaan kereta api, teknologi fotoelektrik, kimia gunaan dan produk-produk biologi. Berikutan kelebihannya dari segi kedudukan geografi sebagai pusat untuk Timur Laut Asia, kerajaan bandar raya itu sedang melancarkan pembukaan dan pencergasan semula, dengan menjadikan pelancongan sebagai industri tunggak untuk pembangunan. Kerajaan bandar raya itu telah mengangkat sukan sebagai satu keutamaan untuk membina sebuah “Changchun yang sihat” untuk meningkatkan kesedaran, kecergasan dan taraf hidup rakyat mereka, yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Amalan Changchun telah menawarkan rujukan yang berguna dalam aspirasi China untuk menjadi sebuah “kuasa sukan”.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12194
Comments