top of page
Search

BANK MUAMALAT RAI ANAK YATIM SEMPENA HARI RAYA

  • tuntastinta
  • Jun 3, 2019
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Seramai 56 anak yatim serta kurang berkemampuan dari dua rumah kebajikan hari ini menerima baucar untuk membeli kelengkapan baju raya daripada Bank Muamalat.

Sumbangan tersebut disampaikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Khairul Kamarudin.

Anak-anak dari rumah anak yatim Baitun Nurrawdhah di Setiawangsa dan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera, Cheras itu turut menerima sumbangan duit raya sebanyak RM50 setiap seorang.

Khairul berkata sumbangan diberikan kepada anak-anak yatim serta kurang kemampuan itu membolehkan mereka menikmati kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti kanak-kanak lain.

“Saya terharu melihatkan kegembiraan yang terpancar pada wajah mereka dan bagaimana bersinarnya mata mereka tatkala memilih baju yang mereka suka,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Membeli-belah Bank Muamalat bersama Anak Yatim di sebuah pasar raya di ibu kota, hari ini.

Khairul berkata sebanyak RM25,000 diperuntukkan bagi program tersebut yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas.

Sementara itu, Nur Fatin Zulaikha Samsudin, 14, dari Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera ketika ditemui pemberita berasa teruja kerana dapat membeli kelengkapan hari raya pada tahun ini.

“Kami dari rumah anak yatim kebanyakannya tidak mampu untuk membeli baju raya baru pada setiap tahun. Alhamdulillah pada tahun ini kami berpeluang membeli pakaian baru sumbangan daripada Bank Muamalat,” katanya.

-- BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page