COAST AUTONOMOUS MENGOPTIMUMKAN KESELAMATAN KENDERAAN PEMANDUAN SENDIRI DENGAN COCOON LIDAR LEDDART
- tuntastinta
- Jun 7, 2019
- 1 min read
BANDAR QUEBEC, 4 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR automotif dan mobiliti, berbangga mengumumkan bahawa COAST Autonomous telah memilih LeddarTech untuk kenderaan ulang-alik autonominya. COAST Autonomous yang ditubuhkan oleh veteran industri pemanduan sendiri memilih teknologi LeddarTech disebabkan keupayaannya untuk memberikan keselamatan yang ditingkatkan kepada kenderaan COAST Autonomous. Keteguhan dan kebolehpercayaan teknologi bentuk pepejal LeddarTech memenuhi keperluan mobiliti hari ini yang mendesak dan menjadikannya teknologi pilihan ke arah mengelakkan pelanggaran dalam aplikasi henti dan jalan dengan menyingkirkan zon mati yang ditinggalkan oleh teknologi pengesanan lain. COAST Autonomous telah membangunkan kenderaan pemanduan sendiri yang menyepadukan beberapa teknologi pengesanan, termasuk LiDAR, RADAR dan kamera. LiDAR LeddarTech memberikan liputan penuh tanpa zon mati dalam seluruh perimeter kenderaan, yang juga dipanggil sebagai kokun. Ini melindungi pengguna jalan raya yang terdedah kepada bahaya seperti pejalan kaki yang mungkin mendekati kenderaan dalam situasi henti dan jalan. LiDAR kokun LeddarTech menyediakan penyelesaian unik yang mendayakan kenderaan berautonomi sepenuhnya yang selamat. “Dengan tujuan untuk menyediakan perjalanan yang selamat kepada penumpang, pilihan teknologi pengesanan kami mengambil kira kematangan rakan kongsi yang bekerja dengan kami dan kebolehan mereka untuk menunaikan janji secara konsisten,” kata Pierre Lefevre, Ketua Pegawai Teknologi di COAST Autonomous. “Dengan lebih daripada sedekad pengalaman dalam membina sensor LiDAR, LeddarTech ialah rakan kongsi yang sempurna untuk kami dan telah menunjukkan bahawa mereka mampu melampaui jangkaan kami dengan konsisten.”
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12213
Comments