ANUGERAH MARY KAY ANUGERAH DESERTASI KEDOKTORAN DI PERSIDANGAN TAHUNAN AKADEMI BAGI SAINS PEMASARAN
- tuntastinta
- Jun 7, 2019
- 3 min read
Anugerah Desertasi Kedoktoran Mary Kay AMS menyediakan kepada pelajar-pelajar kedoktoran dengan pembiayaan yang diperlukan untuk melengkapkan perjalanan pendidikan mereka DALLAS, 4 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay, sebuah pemimpin antarabangsa dalam tanggungjawab korporat dan sosial, hari ini mengumumkan pemenang bagi Anugerah Desertasi Kedoktoran Mary Kay dan Anugerah Cadangan Desertasi Kedoktoran pada Persidangan Tahunan Akademi bagi Sains Pemasaran 2019 di Toronto. Anugerah itu, yang diberikan setiap tahun oleh syarikat kecantikan ikonik itu selama lebih dari 25 tahun, meraikan calon-calon kedoktoran di dalam pemasaran berdasarkan kepada kualiti penyelidikan desertasi mereka dan penbentangan akhir mereka pada Persidangan Tahunan AMS itu. Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190603005474/en/ Pelajar-pelajar kedoktoran dari program-program di mana-mana universiti yang diiktiraf, kolej bagi pengajian tinggi, sekolah perniagaan atau sekolah pengurusan di seluruh dunia layak untuk menerima Anugerah Desertasi Kedoktoran AMS Mary Kay itu. Pemenang tahun ini ialah: Anugerah Cadangan Desertasi Kedoktoran Mary Kay 2019 1. Shaobo Li, Nanyang Technological University, Singapura 2. Junzhou Zhang, Old Dominion University Anugerah Desertasi Kedoktoran Mary Kay 2019 1. Kiran Pedada, Texas Tech University 2. Anh Dang, Old Dominion University 3. Martin Hirche, Ehrenberg-Bass Institute for Marketing Science, University of South Australia “Mary Kay memupuk satu budaya inovasi, pemerkasaan dan pendidikan berterusan dengan tenaga jualan bebas dan pekerja kami di seluruh dunia,” kata Beth Lopez, Naib Presiden bagi Pendidikan Jualan Global bagi Mary Kay. “Kami sangat kagum dengan pembentangan desertasi pada Persidangan Tahunan AMS tahun ini. Kami berharap dapat menyediakan bimbingan dan peluang-peluang rangkaian kepada pemenang kami ketika mereka meneruskan matlamat mulia mereka untuk pendidikan berterusan.” Michelle Haurilak, Pengarah bagi Perhubungan Awam, Pemasaran Digital & Produk bagi Mary Kay Kanada, telah mengumumkan pemenang bagi Anugerah Desertasi Mary Kay dan Anugerah Cadangan Desertasi Mary Kay semasa majlis makan tengah hari anugerah itu pada Khamis, 30 Mei. “Pertandingan Desertasi Mary Kay itu adalah satu bahagian penting di dalam Persidangan Tahunan Akademi bagi Sains Pemasaran,” kata O.C. Ferrell, Presiden bagi The Academy of Marketing Science. “Penglibatan Mary Kay memberikan satu peluang kepada finalis untuk berangkaian dengan eksekutif-eksekutif Mary Kay. Meningkatkan hubungan industri untuk pelajar-pelajar kedoktoran adalah satu matlamat utama bagi pertandingan itu. Kami sungguh menghargai komitmen Mary Kay untuk acara ini.” Untuk maklumat lanjut mengenai Akademi bagi Sains Pemasaran, sila klik di sini. Maklumat mengenai Mary Kay Satu daripada pemecah asal glass ceiling atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 55 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang yang berbaloi untuk wanita, mengeluarkan produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi kepada penyelidikan sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit yang canggih, kosmetik warna dan pemakanan tambahan. Melalui Mary Kay FoundationSM, syarikat itu telah menyalurkan lebih daripada $78 juta untuk penyelidikan kanser dan tempat perlindungan keganasan rumah tangga. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar— selangkah demi selangkah. Maklumat mengenai Akademi bagi Sains Pemasaran Akademi bagi Sains Pemasaran adalah sebuah organisasi profesional, antarabangsa, ilmiah yang tidak mencari keuntungan. Ia didedikasikan untuk menggalakkan standard dan kecemerlangan yang tinggi dalam penciptaan dan penyebaran pengetahuan pemasaran dan pelanjutan amalan pemasaran melalui satu peranan kepimpinan di dalam disiplin pemasaran di seluruh dunia. Akademi itu komited kepada piawaian etika dan kekolejan paling tinggi dalam mengejar misi ini. Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190603005474/en/ Hubungi Komunikasi Korporat Mary Kay Inc. marykay.com/newsroom 972.687.5332 atau media@mkcorp.com Sumber : Mary Kay Inc. Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. --BERNAMA
Comments