top of page
Search

TOSHIBA LANCAR KELUARGA BAHARU BAGI GEGANTI FOTO YANG DIPACU OLEH VOLTAN RENDAH

  • tuntastinta
  • Jun 14, 2019
  • 2 min read

TOKYO, 11 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”), pemimpin industri di dalam pengecilan geganti foto yang canggih, telah memperkenalkan sebuah keluarga terdiri daripada lima buah geganti foto baharu yang ditempatkan di dalam pakej paling kecil[1] di dalam industri, S-VSONR4 (2.0mm x 1.45mm). Peranti baharu itu sesuai untuk digunakan dalam peralatan ujian automatik, penguji memori, penguji SoC / LSI dan kad siasatan. Penghantaran sudah bermula. Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190610005013/en/ Kedua-dua siri TLP34xxSRL (dua peranti) dan siri TLP34xxSRH (tiga peranti) mempunyai ciri-ciri yang dipacu oleh voltan input. TLP3406SRL dan TLP3407SRL menyokong satu julat voltan DC bagi 1.8V (jenis) hingga 3.3V (jenis), manakala TLP3406SRH, TLP3407SRH dan TLP3412SRH menyokong satu julat voltan DC bagi 3.3V (jenis) hingga 5V (jenis), ciri-ciri yang meningkatkan keserasian dengan FPGA voltan rendah pada hari ini. Geganti foto baharu itu ditempatkan dalam pakej S-VSONR4 yang kecil dan memerlukan satu ruang pemasangan 2.9mm2, satu jejak kira-kira 27% lebih kecil daripada pakej generasi terdahulu Toshiba, VSONR4 (2.75mm x 1.45mm). Di samping itu, kesemua mereka mempunyai satu perintang input terbina dalam, sekali gus menghapuskan keperluan untuk satu perintang input luaran, yang menjimatkan ruang. Pembungkusan kecil dan keperluan ruangnya akan membolehkan jurutera untuk membuat reka bentuk papan ujian yang lebih kecil, terutamanya kad siasatan. Ia juga membolehkan peningkatan di dalam jumlah geganti foto pada papan untuk mencapai penyelesaian kepadatan yang lebih tinggi. Walaupun saiz pakej mereka yang kecil, geganti foto baharu itu boleh memacukan arus besar: sehingga 1.5A untuk TLP3406SRx dengan satu voltan offstage VOFF bagi 30V dan satu rintangan keadaan HIDUP Ron bagi 0.2Ω (maksimum); dan sehingga 1A untuk TLP3407SRx dengan VOFF bagi 60V dan Ron bagi 0.3Ω. TLP3412SRH boleh memacukan sehingga 0.4A (VOFF = 60V / Ron = 1.5Ω). Ini menjadikan mereka sangat sesuai untuk aplikasi peranti bekalan kuasa merentas pelbagai peralatan ujian. Kesemua peranti baharu itu mempunyai satu julat suhu operasi yang dijamin hingga 110 ℃ (maksimum).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12229

 
 
 

Commenti


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page