TOKEN NATIF OKEX OKB DAN OKLINK STABLECOIN USDK DISENARAIKAN DI BITFINEX
- tuntastinta
- Jun 18, 2019
- 2 min read
VALLETTA, Malta, 13 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OKEx, sebuah bursa mata wang kripto yang terkemuka di dunia, mengumumkan penyenaraian token natif mereka, OKB, pada satu lagi bursa mata wang kripto terkemuka, Bitfinex. Bitfinex akan juga menyenaraikan USDK, yang merupakan satu stablecoin yang dibangunkan bersama oleh OKLink, sebuah syarikat teknologi blok rantai, dan Prime Trust, sebuah Syarikat Amanah berdaftar yang berpangkalan di Nevada, Amerika Syarikat (Baca lebih lanjut). Sembilan pasangan perdagangan baharu itu akan dibuka secara rasmi pada Bitfinex dari pukul 10 pagi, 13 Jun, 2019 (UTC), termasuk USDK/USD, BTC/USDK, ETH/USDK, USDT/USDK, EOS/USDK, OKB/USD, OKB/BTC, OKB/ETH dan OKB/USDT. Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190612005718/en/ Dengan memperkasakan ekosistem OKEx, OKB membenarkan pengguna OKEx untuk melakukan pelbagai tugas seperti mewujudkan sebuah pertukaran rakan OKEx, menyelesaikan yuran perdagangan, dan melanggan bagi token baharu pada platform penjualan token OK Jumpstart. Dengan pelbagai kes penggunaan, OKB telah meraih lebih banyak penguasaan pasaran sepanjang beberapa bulan, menurut data yang diumumkan pada CoinMarketCap. OKB, token natif bagi OKEx, pada masa ini beroperasi dalam Rangkaian Ethereum (ERC20). Pada tahun ini, ia akan dipindahkan ke OKChain, blok rantai yang telah dibangunkan oleh OKEx. Dan kini, ia berada di peringkat ujian akhir. “Kami berhasrat untuk memupuk sebuah ekonomi baharu dengan teknologi blok rantai. Untuk mencapai de-intermedium dan rangkuman kewangan, kami tidak berfungsi sebagai sebuah pulau terpencil. Kami percaya kunci untuk memacukan pertumbuhan pasaran memerlukan kerja berpasukan, yang merupakan sebab kami bergabung dengan pemain-pemain industri terkemuka lain untuk mencetuskan kimia baharu,” kata Andy Cheung, Ketua bagi Operasi di OKEx. “OKB yang disenaraikan di Bitfinex hanyalah titik permulaan, ia menandakan pengiktirafan bagi platform dan token natif kami dari rakan-rakan kami, dan kami akan terus menerokai peluang-peluang lain dalam pelbagai jenis kerjasama dengan pemain industri lain. Kami tidak berpeluk tubuh untuk memupuk sebuah pasaran perdagangan yang adil dan telus dan mengalu-alukan rakan yang mempunyai pemikiran yang sama untuk menjalin kerjasama.” Terus bersama pada Twitter OKEx untuk kemas kini terkini.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12237
Comentarios