top of page

PAKATAN MATLAMAT PARU-PARU DILANCARKAN DENGAN MATLAMAT UNTUK MENGGANDAKAN KETAHANAN LIMA TAHUN DALAM

  • tuntastinta
  • Jul 11, 2019
  • 2 min read

Kerjasama mengutamakan inovasi saintifik dan perubahan sosial untuk menghapuskan kanser paru-paru sebagai punca kematian suatu hari nanti LONDON, 9 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC), Guardant Health, Gabungan Kanser Paru-Paru Global (GLCC) dan AstraZeneca mengumumkan Pakatan Matlamat Paru-Paru, iaitu kerjasama baharu dengan matlamat berani untuk menghapuskan kanser paru-paru sebagai punca kematian. Matlamat pertama Pakatan itu ialah untuk menggandakan ketahanan lima tahun untuk pesakit kanser paru-paru menjelang 2025. Setiap 18 saat, satu orang meninggal disebabkan kanser paru-paru.1 Dalam 2018 sahaja, kira-kira 1.8 juta orang mati disebabkan penyakit itu.1 Empat puluh peratus pesakit didiagnosis semasa kanser telah merebak melebihi paru-paru dan prognosis mereka telah bertambah teruk.2 Kini, hanya satu daripada lima pesakit kanser paru-paru hidup lima tahun selepas diagnosis.3 Jesme Fox, Setiausaha GLCC berkata : “Pakatan Matlamat Paru-paru dibentuk pada masa yang penting untuk kanser paru-paru. Penemuan saintifik membolehkan kita mentransformasikan diagnosis, rawatan dan pengurusan penyakit ini. Namun, masih ada halangan untuk meningkatkan dan mempercepatkan penjagaan kesihatan. Sebagai ahli komuniti kanser paru-paru, kita mempunyai tanggungjawab untuk bersatu bagi menyokong dan meningkatkan penyelesaian terbaik untuk pesakit.” Pakatan tersebut mewakili pelbagai jenis kepakaran yang saling melengkapi, termasuk penyelidikan dan pendidikan (IASLC), diagnostik (Guardant Health), sokongan pesakit (GLCC) dan penyelidikan dan pembangunan ubat (AstraZeneca). Rakan kongsi pengasas tersebut telah mengenal pasti tiga keutamaan: meningkatkan pemeriksaan dan diagnosis awal, memberikan ubat inovatif dan meningkatkan kualiti penjagaan untuk golongan yang menghidap kanser paru-paru. Projek awal yang dipercepatkan menerusi Pakatan tersebut termasuklah:

  1. Gabungan Pengimejan Paru-paru Awal (ELIC) ialah pangkalan data pemeriksaan global baharu berasaskan awan yang direka untuk mempercepatkan peningkatan dalam pengesanan dan pengurusan berbilang disiplin untuk kanser paru-paru peringkat awal. Projek ini didasari bukti yang semakin banyak bahawa pemeriksaan CT dapat membantu mengurangkan kematian.4 Koleksi imej dan data ini boleh digunakan untuk membina model risiko serta alat analisis dan pengesanan yang lebih baik di samping berfungsi sebagai standard global untuk kualiti data. Dalam fasa akan datang, kecerdasan buatan (AI) mungkin digunakan untuk meningkatkan lagi keutuhan sokongan keputusan klinikal dengan pemeriksaan CT. Pakatan tersebut akan menyumbang untuk membina bank imej bagi projek milik IASLC ini yang mula-mula dilancarkan percubaannya pada akhir tahun 2018 dan akan membantu mengukur keputusan pesakit untuk dinilai di pelbagai peringkat dalam proses rawatan pesakit (termasuk pengimbasan awal, rawatan awal dan susulan).

Giorgio Scagliotti, Presiden IASLC berkata: “Pemeriksaan efektif adalah penting bagi mengesan dan mendiagnosis kanser paru-paru dan kemaglinanan toraks lain pada peringkat awal, yang bermakna lebih pilihan dan jangka hayat lebih lama. Namun, pemeriksaan kurang dilakukan di seluruh dunia disebabkan beberapa faktor. Penggunaan pendekatan pengimejan kuantitatif seperti ELIC mampu meningkatkan ketepatan dan keberkesanan pemeriksaan kanser paru-paru. Platform kami bakal menjadi sumber penting global bagi pengkaji dan pasukan penjagaan kanser paru-paru yang mahu meluaskan ilmu pengetahuan mereka. Pakatan Matlamat Paru-paru menyediakan fokus, kepakaran dan sumber yang diperlukan untuk mempercepat peluasan katalog data kami dengan pesat.” http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12330

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page