top of page
Search

SMART PHARMA ANAK SYARIKAT KUMPULAN APTORUM MENGUMUMKAN TOKEN SMART PHARMA (SMPT) AKAN DISENARAIKAN

  • tuntastinta
  • Jul 11, 2019
  • 4 min read

VICTORIA, Seychelles, 9 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Smart Pharmaceutical, anak syarikat milik Aptorum Group Limited (Nasdaq: APM), amat teruja untuk mengumumkan bahawa Token Smart Pharma (“token SMPT”), akan tersedia untuk diperdagangkan di IDAX (https://www.idax.pro/) dan LATOKEN (https://latoken.com/). IDAX dan LATOKEN adalah dua platform pertukaran mata wang kripto global yang terkemuka. Token SMPT akan memulakan perdagangan di IDAX pada atau sekitar 10 Julai 2019, dan tidak lama kemudian di LATOKEN. Token SMPT itu adalah satu token yang mematuhi keselamatan ERC-1404 dengan pematuhan ERC-20 dan ERC233 pada blok rantai Ethereum. SMPT memberi hak token kepada sebahagian daripada pendapatan royalti yang diperolehi akhirnya daripada pengkomersialan hak harta intelektual bagi calon-calon ubat-ubatan yang akan ditemui di bawah platform Smart-ACTTM kami. Platform Smart-ACTTM adalah satu platform tujuan semula dan penemuan ubat-ubatan baharu yang dilancarkan oleh Kumpulan Smart Pharma yang berhasrat untuk merevolusikan, menuju semula dan memposisi semula penemuan ubat-ubatan. Dalam perkembangan yang akan datang, Kumpulan Smart Pharma akan memasukkan penggabungan teknologi blok rantai ke dalam pembangunan ubat-ubatan dan proses penemuan, pada mulanya melalui penggunaan token SMPT sebagai langkah pertama. Kami percaya bahawa teknologi blok rantai akan secara signifikan meningkatkan ketelusan data dan membawa kuasa teragih dari peserta di seluruh dunia untuk bersama membangun dan mengembangkan teknologi platform Smart-ACTTM kami yang seterusnya. Kumpulan Smart Pharma mengiktiraf bahawa teknologi berasaskan blok rantai akan terus memainkan satu peranan penting di dalam pembangunan farmaseutikal dan juga mempunyai keupayaan untuk memupuk ekosistem berasaskan komuniti bagi orang yang bersemangat dan yang sealiran di dalam merevolusikan industri penemuan ubat-ubatan yang ingin menjadi satu daripada bahagian penting di dalam proses di sekitar projek. Komuniti Smart Pharma diuruskan bersama dengan kerjasama Aenco Solutions Limited. Untuk maklumat lanjut, sila sertai perbincangan pada platform media sosial kami yang boleh diakses seperti berikut. Laman web: https://www.smtph.com Telegram: https://t.me/Aenco LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/Aenco Medium: https://medium.com/@Aencoin Twitter: https://twitter.com/Aencoin Facebook: www.facebook.com/Aencoin Discord: https://discord.gg/NXpFcKQ YouTube: YouTube.Aencoin.com Maklumat mengenai Aptorum Group Limited Aptorum Group Limited (Nasdaq: APM) (“Aptorun”) adalah sebuah syarikat farmaseutikal yang berdedikasi untuk membangun dan mengkomersialkan pelbagai teknologi terapeutik dan diagnostik untuk menangani keperluan perubatan yang tidak dipenuhi. Kumpulan Aptorum sedang melaksanakan projek terapeutik dan diagnostik di dalam neurologi, penyakit berjangkit, gastroenterologi, onkologi dan bidang penyakit lain serta bidang bukan terapeutik seperti robotik pembedahan dan operasi bagi klinik perubatan mereka di Hong Kong, Talem Medical, dengan tumpuan awal kepada rawatan bagi penyakit kronik yang berpunca daripada gaya hidup sedentari moden dan populasi yang semakin tua. Untuk maklumat lanjut mengenai Aptorum Group Limited, sila layari www.aptorumgroup.com. Maklumat mengenai Kumpulan Smart Pharma Kumpulan Smart Pharma termasuk Smart Pharmaceutical Limited Partnership, satu perkongsian terhad yang berdaftar di Seychelles, dan rakan am mereka, SMTPH Limited, sebuah syarikat perniagaan antarabangsa yang diperbadankan di bawah undang-undang Seychelles. SMTPH Limited dan anak-anak syarikat mereka secara tidak langsung dimiliki sepenuhnya oleh Aptorum Group Limited. Penafian dan Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan Token SMPT pada masa ini tidak ditawarkan untuk dijual kepada warganegara, rakyat, penduduk (cukai atau sebaliknya), pemegang kad hijau dan/ atau syarikat yang berdomisil di dalam yang berikut: (a) Amerika Syarikat; (b) Singapura; (c) Hong Kong (kecuali bagi Pelabur Profesional); (d) Republik Rakyat China; (e) Samoa, (f) Seychelles, (g) negara yang menghadapi sekatan di bawah OFAC dan (h) mana-mana bidang kuasa lain yang melarang pemilikan, penyebaran atau komunikasi bagi Kertas putih itu. Siaran media ini termasuk kenyataan mengenai Aptorum Group Limited dan jangkaan, rancangan dan prospek masa hadapan mereka yang membentuk “kenyataan yang berpandangan ke hadapan” dalam erti maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Untuk tujuan ini, apa-apa kenyataan yang terkandung di sini yang bukan merupakan kenyataan berbentuk fakta sejarah boleh dianggap sebagai kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Dalam kes tertentu, anda boleh mengenal pasti kenyataan yang berpandangan ke hadapan dengan terma seperti “mungkin,” “sepatutnya,” “mengharapkan,” “merancang,” “menjangka,” “boleh,” “berhasrat,” “sasaran,” “projek,” “memperhatikan,” “percaya,” “anggaran,” ”meramalkan,” “berpotensi,” atau “meneruskan”, atau maksud negatif bagi istilah atau ungkapan yang serupa. Kumpulan Aptorum telah mendasarkan kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini terutamanya terhadap jangkaan dan ramalan semasa berhubung peristiwa masa hadapan dan trend yang mereka percaya boleh menjejaskan perniagaan, keadaan kewangan dan hasil operasi. Kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini hanya melibatkan setakat tarikh siaran media ini dan adalah tertakluk kepada beberapa risiko, ketidakpastian dan andaian yang termasuk, tanpa had, risiko yang berkaitan dengan perubahan pengurusan dan organisasi yang diumumkan, perkhidmatan dan ketersediaan berterusan bagi kakitangan utama, keupayaan mereka untuk memperluaskan pelbagai produk mereka dengan menawarkan produk tambahan untuk segmen pengguna tambahan, strategi pertumbuhan, trend dan cabaran syarikat yang dijangkakan di dalam perniagaan mereka, dan jangkaan mereka berhubung, dan kestabilan bagi, rantaian bekalan mereka, dan risiko itu dihuraikan dengan lebih jelas di dalam Borang 20-F bagi Kumpulan Aptorum dan fail lain yang dilakukan oleh Kumpulan Aptorum dengan SEC pada masa hadapan. Kumpulan Aptorum tidak bertanggungjawab untuk mengemaskini sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang terdapat dalam siaran media ini hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya. Komunikasi ini tidak boleh dianggap sebagai satu tawaran untuk menjual atau usaha permintaan untuk mendapatkan satu tawaran untuk membeli apa-apa sekuriti, dan tidak ada sebarang penjualan bagi sekuriti di dalam mana-mana bidang kuasa di mana tawaran, permintaan atau penjualan itu adalah tidak sah sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi mana-mana bidang kuasa sedemikian. Pelabur harus bergantung kepada penilaian mereka sendiri terhadap Aptorum dan sekuriti mereka, termasuk merit dan risiko yang terlibat. Tidak ada apa-apa yang terkandung di dalamnya adalah atau harus diandaikan sebagai, satu janji atau representasi berhubung prestasi masa hadapan bagi Kumpulan Aptorum atau kumpulan Smart Pharma.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190708005227/en/ Hubungi Bagi pihak Aptorum Group Limited Perhubungan Pelabur dan Media Tel: +852 2117 6611 E-mel: investor.relations@aptorumgroup.com Laman web: http://www.aptorumgroup.com Bagi pihak Smart Pharma Pertanyaan Maklumat Tel: +852 2117 6611 E-mel: info@smtph.com Laman web: http://www.smtph.com Sumber : Kumpulan Aptorum

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page