top of page
Search

KORIDOR PERSISIRAN YANG CANTIK DI SEPANJANG DUCKTAIL CREEK DI HAIKOU

  • tuntastinta
  • Jul 12, 2019
  • 1 min read

AsiaNet 79633 HAIKOU, China, 11 Julai, 2019 /Xinhua-AsiaNet/-- Haikou, sebuah bandar raya di Wilayah Hainan di China, telah membuka Koridor Persisiran Ducktail Creek baru-baru ini bagi membolehkan rakyat menikmati ruang riadah awam persisiran yang berkualiti tinggi dengan air bersih dan landskap yang indah. Dalam pengembangan dan pembangunan yang berterusan bagi Haikou, Ducktail Creek yang berliku-liku melalui bandar raya itu pernah pada suatu ketika dahulu merupakan sebuah sungai bermasalah yang berbau busuk. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Haikou telah membuat inovasi dalam kaedah urus tadbir mereka untuk merawat masalah luaran dan penyebab utama bagi Ducktail Creek dengan mod “PPP + EPC + Penyeliaan”. Ia telah mewujudkan satu sistem pintasan dan pengumpulan kumbahan yang lebih baik untuk memulihkan semula lapis lindung tebing ekologi dan memulihkan keupayaan bagi penulenan dan penswabersihan bagi jasad air itu. Hari ini, Ducktail Creek adalah bersih dan cantik seperti sebuah gambar, dengan ikan-ikan kecil berenang-renang secara berkelompok. Untuk mengukuhkan kawalan banjir dan keselamatan ekologi bagi jasad air itu, meningkatkan kualiti bagi persekitaran air dan memperkayakan pengalaman pesisiran bagi rakyat, Haikou telah melancarkan projek untuk membina ekosistem tanah lembap Ducktail Creek pada April tahun ini dengan tujuan untuk meningkatkan landskap bagi Ducktail Creek dari aspek yang berbeza, termasuk memulihkan koridor ekologi, mengaktifkan ruang persisiran dan membina sebuah habitat biologi. Pada masa ini, Lot 1 bagi projek itu telah siap dan dibuka secara rasmi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12341

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page