SELAMI DIRI ANDA DENGAN EKSTRAVAGANZA E-SUKAN DI FESTIVAL E-SUKAN & MUZIK DI HONG KONG
- tuntastinta
- Jul 24, 2019
- 1 min read
HONG KONG, 22 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Musim panas ini, pengunjung ke Hong Kong boleh menikmati pelbagai acara gourmet, beria-ria membeli-belah, acara-acara istimewa Hong Kong, dan program-program khas tarikan musim panas. Mengunjungi acara e-sukan yang berskala besar adalah satu daripada aktiviti yang harus dilakukan untuk menikmati musim panas yang bersemangat dan bertenaga, terutamanya bagi mereka yang masih muda atau berhati muda. Dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB), edisi ketiga Festival e-Sukan & Muzik Hong Kong, yang disampaikan oleh Cyberport, akan diadakan dari 26 Julai hingga 28 Julai (Jumaat hingga Ahad) di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong (HKCEC), dengan lebih banyak elemen baharu dan pilihan hiburan yang lebih menarik dari sebelumnya.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12363
Commentaires