top of page
Search

PEMIMPIN INDUSTRI KRIPTO, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF CIRCLE JEREMY ALLAIRE AKAN MEMBERI KETERANGAN DI H

  • tuntastinta
  • Aug 2, 2019
  • 1 min read

WASHINGTON, 31 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Circle: Apa: Ketua Pegawai Eksekutif Circle Jeremy Allaire akan menjadi wakil tunggal industri kripto yang memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Senat bagi Perbankan, Perumahan dan Hal Ehwal Bandar semasa satu sidang dengar yang bertajuk, “Mengkaji Rangka Kerja Pengawalseliaan untuk Mata Wang Digital dan Blok Rantai.” Bila: Selasa, 30 Julai, pada pukul 10 pagi ET Di Mana: Bangunan Pejabat Senat Dirksen 538. Anda boleh menonton siaran langsung di sini. Testimoni: Anda boleh membaca testimoni Jeremy DI SINI. Maklumat mengenai Jeremy Allaire: Jeremy Allaire adalah seorang ahli teknologi dan usahawan yang telah membina dan mengetuai pelbagai firma teknologi internet global dengan beribu-ribu pekerja, beratus-ratus juta pengguna yang diberikan perkhidmatan, dan pelbagai penawaran awam yang berjaya di NASDAQ. Hari ini, Encik Allaire adalah pengasas bersama, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Circle, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan kripto global yang menyediakan kepada orang perseorangan, institusi dan usahawan dengan sebuah platform untuk melabur dalam, menyimpan, berdagang dan menggunakan aset digital, dan mengumpulkan modal melalui penawaran sekuriti dalam talian. Encik Allaire telah memberikan keterangan pakar mengenai mata wang kripto dan aset digital di hadapan Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat mengenai Keselamatan Dalam Negeri & Hal Ehwal Kerajaan, beliau telah dinamakan dalam Kumpulan Penasihat Peringkat Tinggi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengenai FinTech oleh Pengarah Urusan bagi IMF, Christine Lagarde, dan memberikan testimoni dan cadangan dasar di peringkat tertinggi di dalam agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dan kawal selia kewangan utama merentasi Amerika Syarikat, United Kingdom, Eropah dan Asia. Encik Allaire kerap mengambil bahagian di dalam forum antarabangsa yang memberi tumpuan kepada masa hadapan sistem kewangan dan ekonomi antarabangsa.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12394

 
 
 

コメント


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page