top of page
Search

ITO EN OI OCHA TEH HIJAU AKAN DATANG KE WALMART

  • tuntastinta
  • Aug 7, 2019
  • 1 min read

Dua Perisa Dilancarkan di peringkat Kebangsaan pada Oktober NEW YORK, 31 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- ITO EN (Amerika Utara) INC pemimpin dunia bagi teh hijau dan inovator bagi minuman sihat hari ini mengumumkan bahawa jenama teh hijau mereka yang bersedia untuk diminum Oi Ocha, tidak lama lagi akan boleh diperolehi di kedai-kedai Walmart di seluruh negara. Dijadual untuk ditempatkan pada Oktober 2019 dengan dua perisa yang tidak manis - teh hijau Oi Ocha premium ITO EN, jenama jualan utama Jepun dan Teh Hijau Jasmin, sejenis teh hijau yang popular yang diseduh dengan bunga jasmin. Teh yang telah memenangi anugerah itu diraikan kerana rasanya yang halus secara semula jadi dan berkekalan, yang dibuat dengan kaedah pembuatan proprietari ITO EN dengan menggunakan keseluruhan daun teh tanpa bahan tiruan, perisa atau warna tiruan, dan serbuk atau pekatan. Teh asli dan menyegarkan itu adalah disahkan bukan-GMO dengan antioksidan teh catechin semula jadi, Vitamin C semula jadi (Asid Askorbik) dan sifar kalori. Setiap pakej dalam sebuah botol PET 16.9 fl. yang boleh dikitar semula yang mudah untuk digunakan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190730005425/en/

“Dengan semakin ramai pengguna mencari minuman yang asli dan sihat, kami sangat teruja untuk memperluaskan produk teh ITO EN ini ke kedai-kedai Walmart di seluruh negara,” kata Jim Hoagland, Ketua Pegawai Operasi di ITO EN (Amerika Utara) INC. “Dengan Walmart memberi respons kepada minat pengguna yang semakin meningkat untuk produk yang berkualiti tinggi, asli dan lebih baik untuk anda, kami yakin bahawa teh hijau tanpa gula kami yang tradisional ini sangat sesuai untuk Walmart dan pelanggan mereka.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12398

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page