PANGGILAN PERSIDANGAN KEPUTUSAN KEWANGAN SUKU KEDUA 2019 THE WE COMPANY
- tuntastinta
- Aug 21, 2019
- 1 min read
NEW YORK, 20 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WeWork Companies LLC (“Syarikat” itu), berhubung dengan Nota Senior 7.875% mereka yang bakal matang pada tahun 2025 (“Nota Senior” itu), akan mengadakan satu panggilan persidangan pada Isnin, 26 Ogos, 2019, pada pukul 12:00 tengah hari Waktu Timur untuk manfaat peserta-peserta tertentu yang layak bagi tujuan membincangkan keputusan kewangan Syarikat itu untuk suku kedua tahun 2019. Pemegang semasa dan pemilik benefisial bagi Nota Senior itu, bakal pembeli sebenar bagi Nota Senior itu yang merupakan pembeli institusi yang berkelayakan (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Peraturan 144A di bawah Akta Sekuriti 1933) atau mereka yang bukan rakyat Amerika Syarikat (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Peraturan S di bawah Akta Sekuriti 1933), penganalisis sekuriti, dan institusi kewangan yang menggerakkan pasaran boleh mendapatkan akses kepada maklumat panggilan bagi panggilan persidangan itu dengan mendaftar di laman web selamat Syarikat itu di investors.wework.com. Maklumat tambahan mengenai panggilan itu (termasuk nombor untuk mendail) akan disediakan di laman web selamat itu.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12454
Comments