top of page
Search

PRA HEALTH SCIENCES MENGUMUMKAN KERJASAMA STRATEGIK ANTARA SYMPHONY HEALTH DENGAN CLOSE-UP INTERNATI

  • tuntastinta
  • Aug 22, 2019
  • 1 min read

RALEIGH, N.C., 21 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences (NASDAQ: PRAH) pada hari ini mengumumkan bahawa Symphony Health, iaitu bahagian penyelesaian data syarikat tersebut, telah mengembangkan perkhidmatan data globalnya melalui kerjasama yang strategik dengan Close-Up International yang merupakan peneraju pembekal preskripsi perubatan dan audit jualan yang berpangkalan di Amerika Latin.

“Perjanjian dengan Close-Up merupakan pencapaian yang penting dalam komitmen Symphony Health untuk mengembangkan perkhidmatan kami pada peringkat antarabangsa,” kata Doug Fulling, Presiden Symphony Health. “Kehadiran di lebih banyak kawasan geografi merupakan komponen tambahan yang penting kepada tawaran daripada Symphony yang akan menjalin dan mengukuhkan hubungan kedua-dua organisasi tersebut di Amerika Syarikat dan Amerika Latin. Penyelesaian data dan pandangan dalaman yang tersedia melalui Symphony dan Close-Up International akan mendorong pembangunan ubatan dan strategi perdagangan pada masa hadapan.”

Hubungan ini secara rasminya akan menyatukan dua pemimpin global yang memiliki pengalaman, pengetahuan dan pandangan yang unik untuk bekerjasama demi menyampaikan produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang inovatif dalam pasaran farmaseutikal dan sains hayat. Organisasi tersebut akan mengedarkan data runcit dan bukan runcit satu sama lain secara eksklusif di kawasan geografi masing-masing.

“Apabila kami membentuk hubungan ini, kami memfokus pada usaha untuk memberikan nilai yang lebih hebat kepada pelanggan kami yang beroperasi di kedua-dua kawasan geografi kami, membantu mereka mencapai objektif perniagaan mereka sementara bekerjasama dengan peneraju pembekal penyelesaian data dan pandangan dalaman,” kata Norberto Bonaparte, CEO dan pengasas Close-Up International. “Kami komited untuk memperkenalkan penyelesaian yang inovatif kepada pasaran sebagai sebahagian daripada kerjasama ini yang akan memanfaatkan strategi pertumbuhan pelanggan kami.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12458

 
 
 

Comentarios


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page