BLUEJEANS NETWORK MENGUMUMKAN KEPIMPINAN RANTAU UNTUK ASIA PASIFIK
- tuntastinta
- Aug 24, 2019
- 1 min read
Veteran Industri Membina Ekosistem bagi Pekerja, Rakan Kongsi dan Pelanggan
SYDNEY, Australia, 23 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Blue Jeans Network, Inc. hari ini mengumumkan bahawa Luke Richardson telah dilantik sebagai Naib Presiden dan Pengarah Urusan Asia Pasifik, yang akan berpangkalan Sydney. Pengumuman ini mengukuhkan lagi pasukan kepimpinan APAC BlueJeans dan menguatkan lagi fokusnya untuk menghubungkan perniagaan-perniagaan rantau kepada rangkaian rakan kongsi dan kepimpinan eksekutif yang semakin berkembang. Australia, New Zealand, Singapura, Hong Kong, Jepun dan India merupakan pasaran yang semakin berkembang dengan penggunaan pantas bagi teknologi kerjasama untuk berhubung dengan pekerja dan membina persekitaran kerja yang produktif.
BlueJeans telah melihat peningkatan ketara dalam bilangan mesyuarat keseluruhan dan jumlah minit mesyuarat dalam rantau dengan 50% pertumbuhan (tahun demi tahun) dalam tempoh 12 bulan lepas, yang berjumlah lebih daripada 1.4 juta mesyuarat. Richardson dan pasukan beliau akan bekerja dengan rakan kongsi rantau termasuklah Arkadin dan Princeton untuk memenuhi permintaan bagi persidangan video dan penyelesaian kerjasama.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12471
Yorumlar