FLODRAULIC MENGOPTIMUMKAN APLIKASI AUTONOMI DENGAN PENDERIA LIDAR LEDDARTECH
- tuntastinta
- Aug 28, 2019
- 2 min read
Flodraulic memanfaatkan penderia LiDAR LeddarTech yang berprestasi tinggi, berbilang unsur untuk sistem kawalan dan pemantauan mesin penuh yang digunakan dalam aplikasi industri di seluruh dunia QUEBEC CITY, 27 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, ialah peneraju industri yang menyediakan auto and mobility LiDAR platform™ paling serba boleh dan boleh skala dalam pasaran, mengumumkan bahawa Flodraulic Group merupakan penyepadu sensor LiDAR perdana LeddarTech dalam kawalan mesin penuh dan pemantau sistem Flodraulic, peneraju dalam reka bentuk dan pengeluar penyelesaian sistem kawalan tersuai, memilih teknologi LeddarTech kerana keupayaannya untuk menyampaikan penderia LiDAR berkeadaan pepejal yang berprestasi tinggi, kos efektif, yang boleh mengesan dan menentukan jarak, yang direka bentuk untuk sebarang persekitaran. Penderia LeddarTM IS16 LiDAR LeddarTech memberikan kedua-dua penentuan jarak dan sudut sementara melakukan analisis yang pantas, berterusan dan tepat bagi kawasan operasi. Hasilnya, penderia berkeadaan pepejal yang kalis cuaca boleh diharapkan untuk mengesan, mencari dan mengukur pelbagai objek, menjadikannya penyelesaian ideal untuk pengerahan dalam keadaan persekitaran yang teruk. Baru-baru ini, Flodraulic telah mengerahkan 22 sistem kawalan dan pemantauan mesin penuh kepada Marcrest, pengeluar jentera pertanian yang berpangkalan di Ontario, Kanada. Swing-Max power hitch with Auto Guidance Marcrest dilengkapi sistem pengemudian sepenuhnya yang pertama untuk membandelakan dalam ladang dan perjalanan di atas jalan. Dengan memanfaatkan sistem Flodraulic, dan sensor LiDAR LeddarTech, pengendali pertanian yang menggunakan power hitch Marcrest boleh menggandakan produktiviti bandela kecil mereka serta-merta. "Flodraulic berbangga dapat menjadi perintis dalam teknologi LiDAR sebagai penyepadu sistem dalam reka bentuk dan pengeluaran penyelesaian tersuai bagi pasaran Mudah Alih, Minyak & Gas dan Industri dengan menyesuaikan penyelesaian LiDAR inovatif dari LeddarTech," kata Chris Passmore, Pengarah Teknologi di Flodraulic. "Dengan kepakaran lebih sedekad dalam teknologi LiDAR dan membangunkan penyelesaian berdasarkan LeddarEngine mereka, LeddarTech merupakan rakan kongsi yang paling sesuai untuk kami memenuhi keperluan kumpulan pelanggan kami yang pelbagai." "Kami berasa bangga bahawa sensor LiDAR berkeadaan pepejal telah dipilih dan dipercayai oleh Flodraulic untuk menjadi sebahagian daripada penyelesai mereka untuk menyampaikan aplikasi industri berkecekapan tinggi kepada pasaran," kata Adrian Pierce, Naib Presiden Jualan Global & Pembangunan Perniagaan di LeddarTech. Beliau berkata lagi, "pasukan Kejuruteraan yang kukuh Flodraulic terus berjaya menyokong rakan kongsi OEM mereka menerusi konsep, reka bentuk, menghasilkan prototaip dan peringkat pengeluaran bagi penyelesaian berautonomi menggunakan teknologi LiDAR Tentang Flodraulic Flodraulic ialah penyepadu sistem mudah alih dengan kepakaran dalam menghasilkan sistem kawalan dan pemantauan mesin penuh. Flodraulic berusaha untuk menjadi peneraju dalam reka bentuk dan pengeluar penyelesaian tersuai untuk pasaran Mudah Alih, Minyak & Gas dan Industri. Sistem Flodraulic boleh merangkumi penyampaian bagi penyelesaian elektronik, hidraulik, pneumatik, kawalan jauh, diagnostik, pemantauan jarak jauh, dan penjejakan aset. Flodraulic telah berkembang kepada 570 pekerja yang berada di 28 lokasi merentasi Kanada, AS dan Eropah. Untuk mengetahui cara Flodraulic terus menerokai teknologi baharu dan ditingkatkan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyediakan nilai ditingkatkan kepada rakan kongsi pelanggan mereka, sila lawatiwww.flodraulic.com. Maklumat Hubungan: Frank Pirri, Pengurus Jualan & Produk, FD Flodraulic Tel: +1-905-702-9456 FPirri@flodraulic.com http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12483
Comentarios