top of page
Search

​LEDDARTECH BEKERJASAMA DENGAN WESTFIELD DI AUTOSENS BRUSSELS PADA 17-19 SEPTEMBER 2019

  • tuntastinta
  • Sep 11, 2019
  • 1 min read

QUEBEC CITY, 11 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang menyediakan auto and mobility LiDAR platform™ paling serba boleh dan boleh skala, mengumumkan penyertaannya dalam acara AutoSens Brussels dari 17-19 September 2019.LeddarTech akan membuat pameran bersama dengan Westfield Technology Group, peneraju pembekal kenderaan ulang-alik tanpa pemandu yang berpusat di UK, dan akan mempamerkan penyelesaian LiDAR berkeadaan pepejal 3D terkini LeddarTech untuk kenderaan ulang-alik berautonomi dan kenderaan berautonomi lain, LeddarTM Pixell. LeddarTech® dan Westfield membuat pameran di Brussels Autoworld Museum yang terkemuka di dunia “LeddarTech® menantikan acara ini di Brussels dan peluang untuk melancarkan Leddar™ Pixell kami secara rasmi di Eropah.Acara ini akan mempamerkan penyelesaian mobiliti LiDAR kami yang dibina pada asas teknologi Leddar™ berpaten yang membolehkan platform automatif dan mobiliti kami”, kata Adrian Pierce, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Global di LeddarTech.“Acara ini amat istimewa pada tahun ini kerana pelanggan kami, Westfield akan membuat pameran bersama LeddarTech.Ini peluang bagi pengunjung untuk melihat POD Westfield dengan teknologi LiDAR berkeadaan pepejal yang disepadukan.”Adrian Pierce membuat kesimpulan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12535

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page