top of page
Search

UPSI TUAN RUMAH PABM 2019-PIALA PERDANA MENTERI

  • tuntastinta
  • Sep 20, 2019
  • 1 min read

TANJONG MALIM, 17 Sept (Bernama) -- Universiti Pendidikan Sultan Idris akan menjadi tuan rumah Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2019, Piala Perdana Menteri (PABM 2019) edisi ke -13 yang akan berlangsung pada 23 hingga 28 September 2019. Pertandingan pidato yang melibatkan 50 peserta dari pelbagai institusi dan negara ini akan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik pada Malam Kemuncak PABM 2019 pada 28 September 2019 di Dewan Tuanku Canselor, UPSI Kampus Sultan Azlan Shah Proton City. Tiga kategori yang akan dipertandingkan ialah Alam Melayu, Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) dan Antarabangsa. PABM merupakan satu-satunya pertandingan pidato Bahasa Melayu peringkat antarabangsa yang diadakan di dunia bertujuan untuk memartabatkan citra dan kedaulatan Bahasa Melayu di persada dunia. Penganjurannya juga merupakan usaha untuk memperkukuh dan memperluas penggunaan Bahasa Melayu ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh dunia, disamping memberi kesedaran khususnya kepada pelajar kepentingan memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai alat penyatuan pelbagai bangsa dan negara. Unit Media Bahagian Komunikasi Korporat Universiti Pendidikan Sultan Idris Sumber: Universiti Pendidikan Sultan Idris

 
 
 

Commentaires


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page