top of page
Search

DEWAN PENUH PADA SIDANG KEMUNCAK DUBAI 2.0 S BLOCK DAO MEMPERKENALKAN BLOK RANTAIAN 2.0 AWAM

  • tuntastinta
  • Oct 8, 2019
  • 1 min read

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 27 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 3,500 peserta membanjiri Dubai Festival Arena pada 20 September untuk Sidang Kemuncak Dubai S BLOCK 2.0. Terdiri daripada pemimpin-pemimpin global bagi industri blok rantaian dan ahli-ahli komuniti S BLOCK, acara itu menandakan peningkatan sepenuhnya bagi konsensus dan ekosistem global S BLOCK.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190926005953/en/

Dompet Antara Bintang Generasi Kedua Semasa sidang kemuncak itu, S BLOCK telah mengeluarkan satu peningkatan yang besar bagi Dompet Antara Bintang mereka, yang memasuki generasi kedua mereka. Ini adalah 3 bulan selepas pelancaran permulaan mereka ke dalam pasaran global. Orang ramai telah bersorak memberikan persetujuan kepada pengumuman mengenai pelbagai ciri-ciri dan fungsi baharu, termasuk Dompet Rantaian Silang HD, Plan Flash dan S Pay. S BLOCK juga menyampaikan rancangan mereka bagi mengintegrasikan komuniti berautonomi tak berpusat, dan mensasar untuk membina sebuah ekosistem blok rantaian super awam di enam kawasan utama melalui 3 fasa utama. Mendedahkan Pelan Strategik Global DAO Organisasi berautonomi tak berpusat (DAO) itu akan menjadi pencapaian pertama bagi ekonomi token, dengan mengintegrasikan kesemua sumber bagi ekonomi token ke dalam sebuah ekosistem yang lengkap. DAO akan mengeluarkan sebuah ekosistem token ATO, yang membolehkan lebih ramai ahli untuk menyertai di dalam pembangunan komuniti S BLOCK. Ia akan membolehkan penerimaan DASH, HT, OKB dan token kualiti yang lain bagi mewujudkan satu konsensus nilai rantaian silang yang baharu. Dengan memudahkan kerjasama di antara inovator, pemaju, dan peniaga, S BLOCK berada pada kedudukan yang baik untuk membina sistem blok rantaian bersepadu yang pertama di dunia bersama dengan komuniti blok rantaian berautonomi yang terbesar. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12614

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page