PROJECT MANAGEMENT INSTITUTE MENGUMUMKAN LEMBAGA PENGARAH 2020
- tuntastinta
- Oct 12, 2019
- 2 min read
PHILADELPHIA, 7 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Project Management Institute (PMI), persatuan terkemuka di dunia bagi profesion pengurusan projek, program dan portfolio, hari ini mengumumkan Lembaga Pengarah mereka untuk tahun 2020. Keanggotaan PMI memilih badan pentadbir untuk berkhidmat selama tiga tahun. Empat pengarah yang dipilih oleh rakan-rakan mereka, berkhidmat sebagai pegawai PMI dan pengerusi-pengerusi jawatankuasa: Individu berikut akan berkhidmat sebagai Jawatankuasa Eksekutif untuk tahun 2020:
Pengerusi Lembaga PMI – Anthony (Tony) Appleby, MBA, PMP
Pengerusi Jawatankuasa Pemerhatian Strategi – Tejas Sura, MS, MBA, PMP, PfMP
Pengerusi Jawatankuasa Audit – Galen Townson, PMP
Pengerusi Jawatankuasa Pampasan – Caterina (Cathy) La Tona, BCS, PMP, PfMP
Pengarah berikut yang baharu dilantik akan berkhidmat untuk tempoh perkhidmatan 2020 - 2022:
Anca Slușanschi, MSc, PMP, ICP-APM
Pengarah-pengarah berikut akan terus berkhidmat pada tahun 2020:
Anthony (Tony) Appleby, MBA, PMP
Randall T. (Randy) Black, P.Eng., PMP
J. Davidson Frame, PhD, PMP, PMI Fellow
Teresa A. (Terri) Knudson, MBA, PMP, PgMP, PfMP
Caterina (Cathy) La Tona, BCS, PMP, PfMP
Beth Partleton, PMP, PMI Fellow
LuAnn Piccard, PMP
Jennifer Tharp, PMP
Roberto Toledo, MBA, PMP
Galen Townson, PMP
Tejas Sura, MS, MBA, PMP, PfMP
Maklumat mengenai Project Management Institute (PMI) Project Management Institute (PMI) adalah persatuan yang terkemuka di dunia bagi mereka yang menganggap pengurusan projek, program atau portfolio sebagai profesion mereka. Melalui sokongan, kerjasama, pendidikan dan penyelidikan global, kami berusaha untuk mempersiapkan lebih daripada tiga juta profesional di seluruh dunia bagi Ekonomi Projek itu: ekonomi yang akan datang di mana kerja, dan individu, dirancang mengikut projek-projek. Merayakan ulang tahun ke-50 kami pada tahun 2019, kami bekerja di hampir setiap negara di dunia untuk memajukan kerjaya, meningkatkan kejayaan organisasi dan memajukan lagi profesion pengurusan projek melalui piawaian, pensijilan, komuniti, sumber, peranti, penyelidikan akademik, penerbitan, kursus pembangunan profesional dan peluang-peluang rangkaian yang diiktiraf di peringkat global. Sebagai sebahagian daripada keluarga PMI, ProjectManagement.com mewujudkan komuniti global dalam talian yang menyampaikan lebih banyak sumber, peranti yang lebih baik, rangkaian yang lebih besar dan perspektif yang lebih meluas. Layari kami di www.PMI.org, www.projectmanagement.com, www.facebook.com/PMInstitute dan di Twitter @PMInstitute. Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191006005027/en/ Hubungi Mary Ortega mary.ortega@pmi.org Sumber : Project Management Institute
Comments