top of page
Search

P&G MEMBELI 100% ELEKTRIK BOLEH DIPERBAHARUI DI AMERIKA SYARIKAT, KANADA DAN EROPAH BARAT

  • tuntastinta
  • Oct 25, 2019
  • 1 min read

CINCINNATI, 25 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Procter & Gamble (NYSE: P&G) mengumumkan bahawa ia telah mencapai sasaran 2020 mereka untuk membeli 100% elektrik yang boleh diperbaharui di Amerika Syarikat dan Kanada. Syarikat itu telah melampaui matlamat mereka yang asal dengan memperluaskan pembelian 100% elektrik yang boleh diperbaharui ke Eropah Barat. Ketiga-tiga pasaran ini adalah di antara pasaran mereka yang terbesar dan mewakili lebih daripada 70% elektrik yang dibeli oleh P&G. Komitmen ini dicapai lebih awal daripada jadual dan menandakan satu permulaan yang kukuh bagi mencapai matlamat P&G untuk membeli 100% tenaga elektrik yang boleh diperbaharui secara global menjelang tahun 2030. Penyumbang individu terbesar P&G kepada pengeluaran tenaga boleh diperbaharui mereka adalah ladang angin mereka di Tyler Bluff, Texas, yang mengimbangi 100% bagi tenaga elektrik yang diperlukan bagi kemudahan Fabrik dan Penjagaan Rumah mereka di Amerika Syarikat dan Kanada untuk menghasilkan jenama seperti Tide, Downy, Cascade dan Mr. Clean, dan gabungan haba di tapak mereka dan kemudahan biomas kuasa di Albany, Georgia, yang menyediakan 100% bagi keperluan wap bagi Bounty dan Charmin di tapak ini. Sebagai tambahan kepada projek-projek berskala besar ini, Syarikat itu mengurangkan pelepasan merentasi operasi mereka melalui satu portfolio yang pelbagai bagi projek-projek tenaga yang boleh diperbaharui yang memberi tumpuan kepada angin, solar, geoterma, hidro dan sijil tenaga yang boleh diperbaharui.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12718

 
 
 

コメント


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page