top of page
Search

"UPIN & IPIN FUN RUN MELAKA 2019"

  • tuntastinta
  • Oct 30, 2019
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Les’ Copaque Production dengan kerjasama JomRun akan menganjurkan “Upin & Ipin Fun Run 2019” yang bakal diadakan di MITC Melaka pada 30 November 2019. Ia diadakan serentak dengan Karnival Upin & Ipin, Melaka 2019 yang merupakan karnival keluarga terbesar dan sentiasa dinanti-nantikan pada setiap tahun bermula 29 November hingga 1 Disember 2019. Jarak larian bagi “Upin & Ipin Fun Run 2019” adalah sejauh 5KM dan terbuka kepada semua peringkat umur dengan yuran penyertaan serendah RM35 bagi pendaftaran awal. Peserta juga boleh mendapatkan tawaran istimewa dengan pembelian pakej keluarga bersama tiket Karnival Upin & Ipin 2019. Setiap penyertaan Upin & Ipin Fun Run 2019 akan menerima baju larian eksklusif, bib larian, beg jerut, barangan Upin & Ipin berserta medal larian. Larian yang akan bermula pada 7 pagi ini akan diselitkan dengan pelbagai aktiviti sampingan bagi menceriakan ibubapa dan anak-anak untuk meneruskan larian ke garisan penamat. Maskot Upin dan Ipin akan turut membuat kemunculan bagi memberikan semangat kepada para peserta. Untuk menyertai “Upin & Ipin Fun Run 2019” daftar di http://jomrun.com sebelum 1 Nov 2019. Tempat adalah terhad.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12720

 
 
 

ความคิดเห็น


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page