top of page
Search

IC PRA-PEMACU KAWALAN MOTOR TANPA BERUS TIGA FASA BAHARU TOSHIBA MEMPUNYAI CIRI-CIRI KAWALAN FASA PI

  • tuntastinta
  • Oct 29, 2019
  • 1 min read

TOKYO, 29 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) hari ini mengumumkan "TC78B027FTG," sebuah IC pra-pemacu kawalan motor tanpa berus tiga fasa dengan teknologi Kawalan Fasa Pintar (InPAC) yang membolehkan kecekapan pengendalian optimum di dalam aplikasi seperti kipas pelayan halaju tinggi, penghembus dan pam.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kemajuan di dalam kapasiti dan prestasi pelayan memerlukan kipas halaju yang lebih besar dan lebih tinggi untuk menyejukkan haba yang berlebihan yang dihasilkan oleh peralatan itu. Begitu juga, penghembus kecil, vakum dan pam juga beroperasi dengan pendesak berkelajuan tinggi yang memerlukan keupayaan kuasa tinggi. TC78B027FTG adalah sebuah pengawal motor tanpa berus dengan pra-pemacu yang boleh memacukan pelbagai MOSFET luaran untuk memenuhi cabaran-cabaran sedemikian.

TC78B027FTG mempunyai teknologi Kawalan Fasa Pintar (InPAC) dan Kawalan Kelajuan Gelung Tertutup. InPAC menawarkan pemacu kecekapan tinggi dengan menyegerakkan fasa bagi voltan dan arus memandu, dengan itu menyampaikan kuasa sebenar maksimum kepada beban. Pengendalian ini lazimnya tidak mungkin berlaku tanpa sebarang jenis pemampasan, yang secara amnya memerlukan pencirian motor yang signifikan di hadapan dan pelarasan pengendalian dalam tepat masa untuk mencapai kecekapan optimum sepanjang julat kelajuan itu. InPAC, sebaliknya, adalah satu fungsi automatik yang memerlukan pemulaan semasa reka bentuk dan oleh itu meminimumkan beban pelarasan dan mempercepatkan masa pembangunan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12728

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page