top of page
Search

NTT COMMUNICATIONS DINAMAKAN PENGENDALI TERBAIK TAHUN INI PADA ANUGERAH KOMUNIKASI DUNIA 2019

  • tuntastinta
  • Nov 2, 2019
  • 1 min read

TOKYO, 31 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), hari ini mengumumkan bahawa ia telah diiktiraf sebagai Pengendali Terbaik Tahun ini pada Anugerah Komunikasi Dunia 2019, semasa satu majlis di London pada 30 Oktober. Dilancarkan pada tahun 1999 oleh Total Telecom, Anugerah Komunikasi Dunia mengiktiraf kecemerlangan di kalangan pengendali telekom dan orang perseorangan di seluruh dunia. Sebuah panel terdiri daripada pakar-pakar telekom memilih pemenang dalam 25 kategori. NTT Com dinamakan Pengendali Terbaik Tahun ini untuk kali keenam. Anugerah itu mengiktiraf bahawa sebuah pembekal menunjukkan peningkatan perkhidmatan, pertumbuhan pendapatan, perubahan budaya dan inisiatif transformasi. Menurut hakim-hakim, “NTT Com telah menunjukkan dengan jelas bahawa ia telah membantu pelanggan untuk mengubah secara digital menerusi penyelesaian tentuan perisian dan perkhidmatan erurus, dan kerjasama/perkongsian dengan gergasi-gergasi IT. NTT Com sentiasa berada pada keadaan termaju di dalam inovasi dan telah memberi impak sebenar kepada kehidupan seharian pelanggan mereka.” NTT Com telah disenarai pendek dalam 4 kategori termasuk Pengendali Terbaik Tahun ini. Anugerah Inovasi – Pengendali: Ini mengiktiraf sebuah organisasi yang telah membangunkan sebuah teknologi yang benar-benar berinovatif, termasuk perisian, yang digunakan dalam rangkaian pembawa. Penghala perisian NTT Com, Kamuee menunjukkan keaslian di dalam pembangunan teknologi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12742

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page