top of page
Search

TINDAKAN PROAKTIF PERKESO BANTU AHMAD TAUFIK

  • tuntastinta
  • Nov 13, 2019
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- PERKESO pada 12 November 2019 telah menziarahi Ahmad Taufik Ramli, 51, kakitangan Ibu Pejabat PAS di Hospital Kuala Lumpur yang mengalami kecederaan patah tulang paha akibat terjatuh sebaik sahaja selesai mengambil wuduk untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Baru pada 1 November lalu.

Sejurus selepas beliau dimasukkan ke hospital, pihak hospital telah membuat semakan segera sama ada beliau layak menerima faedah di bawah mana-mana skim perlindungan PERKESO.

Hasil semakan yang dibuat oleh PERKESO mendapati bahawa kemalangan tersebut adalah di bawah takrifan ‘bencana kerja’ kerana kemalangan tersebut berlaku sewaktu masa rehat yang dibenarkan. Sehubungan itu, beliau layak menerima faedah yang disediakan di bawah Skim Bencana Pekerjaan.

Ahmad Taufik akan dibayar Faedah Hilang Upaya Sementara bagi tempoh cuti sakit yang disahkan oleh doktor akibat kemalangan tersebut dan selepas beliau dirujuk bagi taksiran hilang upaya. Ahmad Taufik akan menjalani pembedahan pemasangan besi pada paha kanannya hari ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12790

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page