TOMMY HILFIGER KOMITED KEPADA REKA BENTUK 3D UNTUK MEREALISASIKAN PERJALANAN PENDIGITALAN YANG BERCI
- tuntastinta
- Nov 13, 2019
- 2 min read

Tommy Hilfiger sedang melaksanakan keupayaan pembelajaran dan teknologi baharu bagi kesemua pasukan reka bentuk global di ibu pejabat mereka di Amsterdam untuk mencapai reka bentuk pakaian 100% 3D menjelang koleksi Musim Bunga 2022 mereka. AMSTERDAM, 8 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], mengumumkan bahawa teknologi reka bentuk 3D sedang digabungkan ke dalam kesemua pasukan reka bentuk pakaian global di ibu pejabat mereka di Amsterdam, Belanda. Koleksi pakaian Musim Bunga 2022 mereka akan menjadi yang pertama direka sepenuhnya menggunakan platform reka bentuk 3D Tommy Hilfiger yang berinovatif. Komitmen ini dibina di atas sasaran syarikat itu yang bercita-cita tinggi untuk mendigitalkan rantaian nilai hujung-ke-hujung mereka.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191107005718/en/
“Potensi bagi reka bentuk 3D tidak mempunyai batasan, sekali gus membolehkan kami untuk memenuhi kehendak pengguna dengan lebih pantas dan dalam cara yang lebih lestari,” kata Daniel Grieder, Ketua Pegawai Eksekutif, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah. “Teknologi itu telah menjadi satu peralatan asas dalam reka bentuk koleksi kami dan mempunyai potensi untuk dengan nyata sekali mempercepatkan tempoh masa kami ke pasaran dan menggantikan fotografi produk tradisional sepenuhnya. Untuk musim Luruh 2020 kami, kemeja formal lelaki kami akan direka 100% melalui 3D dan tidak memerlukan sebarang pengeluaran sampel; perbezaannya akan hampir tidak dapat dibezakan daripada gaya-gaya yang direka dan dipaparkan dari segi sejarah. Ini adalah masa hadapan.” Untuk merealisasikan matlamat reka bentuk 3D mereka, Tommy Hilfiger telah menubuhkan sebuah inkubator teknologi yang dikenali sebagai STITCH, yang khusus untuk mendigitalkan amalan reka bentuk syarikat itu. Sejak perjalanan reka bentuk 3D Tommy Hilfiger bermula pada tahun 2017, pasukan-pasukan jurutera perisian, pakar-pakar reka bentuk 3D, dan pakar-pakar transformasi telah membangunkan sebuah peranti proprietari ekosistem yang membolehkan aliran kerja reka bentuk digital sepenuhnya. Ini termasuk sebuah perpustakaan digital fabrik, corak dan aset berwarna; alat persembahan 3D digital dan teknologi penerapan. Mengubah reka bentuk tradisional dan langkah-langkah pengeluaran sampel ke dalam proses maya membolehkan garis masa yang lebih cepat dan integrasi yang lancar ke dalam Bilik Pameran Digital. Penskalaan teknologi reka bentuk 3D merentasi koleksi pakaian TOMMY HILFIGER mengikuti dua tahun projek ujian yang disasarkan yang telah berjaya menyambungkan platform reka bentuk 3D kepada Bilik Pameran Digital serba canggih Tommy Hilfiger. Ketika teknologi Bilik Pameran Digital itu merevolusikan kaedah penjualan barangan syarikat itu, pendekatan bawah atas bagi transformasi reka bentuk 3D mereka yang sedang dilaksanakan akan terus memperluaskan pendigitalan bagi rantaian nilai hujung-ke-hujung Tommy Hilfiger. Pada Musim Luruh 2020, Tommy Hilfiger akan melancarkan satu koleksi kapsul yang direka, dibangun dan dijual secara digital, termasuk produk yang dimodelkan pada avatar maya. Inisiatif ini adalah langkah seterusnya di dalam mendedahkan potensi sepenuhnya bagi pengurangan sampel, penjimatan masa, penjimatan kos dan kemampanan dengan memanfaatkan reka bentuk 3D. Rakan bersekutu di lebih daripada 50% daripada bahagian pakaian yang terletak di ibu pejabat global Tommy Hilfiger telah dilatih dan dididik di dalam reka bentuk 3D melalui Akademi STITCH, dengan teknologi yang aktif dalam 20 kumpulan produk dan pengiraan. Melangkah ke hadapan, kesemua pasukan produk Tommy Hilfiger akan menerima latihan reka bentuk 3D dan peningkatan kemahiran sebagai standard, termasuk pereka, pembuat corak, juruteknik padan pasang, pemaju produk, dan peniaga. Rakan-rakan dan pengikut bagi jenama itu dijemput untuk menyertai di dalam perbualan di media sosial dengan menggunakan #TommyHilfiger dan @TommyHilfiger. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12775
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comments