SATU DALAM TIGA MIGRASI AWAN DI MALAYSIA DAN SINGAPURA GAGAL UNTUK MEMENUHI JANGKAAN KERANA ORGANISA
- tuntastinta
- Nov 15, 2019
- 2 min read
KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Nov. 2019 /Medianet International-AsiaNet/ -- - Organisasi-organisasi di Asia Tenggara yang mengintegrasikan awan ke dalam strategi transformasi perniagaan yang lebih luas adalah lebih dua kali ganda berkemungkinan untuk berjaya dengan migrasi awan berbanding mereka yang tidak berbuat demikian
Hampir satu pertiga daripada organisasi di Malaysia (27%) dan Singapura (32%) menyatakan bahawa mereka telah gagal untuk merealisasikan manfaat yang ketara daripada pengkomputeran awan, sebahagian besarnya kerana mereka tidak mengintegrasikan pelan migrasi mereka ke dalam strategi transformasi perniagaan mereka yang lebih luas, demikian menurut satu kajian baharu oleh Unisys Corporation (UIS).
Kajian Barometer Kejayaan Awan Unisys(TM) yang pertama ( https://www.unisys.com/cloudbarometer) mengkaji kesan dan kepentingan awan dengan meninjau ke atas 1,000 pemimpin kanan IT dan perniagaan di 13 buah negara di seluruh dunia, termasuk 90 di Malaysia dan Singapura. Penemuan utama yang lain termasuk:
- 70% daripada organisasi di Singapura dan Malaysia mengatakan keberkesanan organisasi mereka telah banyak atau secara sederhana meningkat dengan lebih baik disebabkan oleh pengkomputeran awan; - Organisasi-organisasi di Asia Pasifik di mana awan merupakan satu bahagian teras bagi strategi perniagaan mereka adalah 2.5 kali ganda lebih berkemungkinan (80%) untuk menyatakan keberkesanan organisasi telah berubah menjadi lebih baik, berbanding dengan hanya 29% daripada mereka yang berkata awan merupakan satu bahagian kecil daripada transformasi mereka; - Daripada 13 buah negara yang ditinjau, organisasi di Malaysia melaporkan penggunaan kedua terendah bagi sistem legasi (11%) dan awan awam (17%) tetapi penggunaan kedua tertinggi pada premis pusat-pusat data (41%); - Berbanding dengan Malaysia, organisasi Singapura hampir dua kali ganda berkemungkinan menggunakan awan awam (31%) dan hampir separuh besar kemungkinan untuk menggunakan pada premis pusat-pusat data (23%). - Dua pertiga daripada organisasi Malaysia (68%) dan Singapura (64%) bersetuju bahawa data lebih selamat di awan berbanding secara dalaman; dan keselamatan dinyatakan sebagai manfaat utama dan cabaran terbesar untuk memindahkan data, aplikasi atau proses kepada awan. “Keputusan ini menunjukkan mengapa transformasi awan bukan sekadar satu isu IT, ia adalah satu isu perniagaan,” kata Leon Sayers, Ketua Perunding Serantau, Unisys Asia Pasifik. “Sembilan dalam sepuluh (92%) bagi organisasi Malaysia yang menggabungkan awan sebagai satu bahagian teras bagi strategi perniagaan mereka menyaksikan keuntungan positif yang paling besar, berbanding dengan hanya 60% daripada mereka yang tidak berbuat demikian. Berbanding dengan pendekatan ‘angkat dan alih’, pelaksanaan awan yang berjaya memerlukan penempatan rangka kerja yang betul dari peringkat awal, dengan inovasi dan kemas kini yang berterusan dari semasa ke semasa.”
Masa Hadapan adalah kepada Berbilang Awan Walaupun hampir kesemua responden (94% di Malaysia dan 97% di Singapura) mengatakan bahawa mereka telah berhijrah ke awan pada tahap tertentu, penggunaan berbilang awan masih rendah (25% di Malaysia dan 44% di Singapura) - sejajar dengan pencapaian global. Walau bagaimanapun, organisasi Malaysia yang menggunakan berbilang awan lebih cenderung untuk melihat awan sebagai penting bagi keselamatan dan untuk kekal berdaya saing:
- Kesemua (100%) pengguna berbilang awan Malaysia yang ditinjau mengatakan bahawa jika mereka tidak berhijrah kepada awan mereka mungkin agak amat bimbang untuk menggunakan sistem legasi tanpa keselamatan untuk menangani dengan penggodam pada hari ini, berbanding dengan 76% bagi organisasi Malaysia yang ditinjau; - Kesemua (100%) pengguna berbilang awan Malaysia yang ditinjau berkata mereka juga bimbang jika tercicir sebagai sebuah teknologi yang tertinggal ke belakang, diatasi oleh persaingan dan menutup perniagaan – berbanding dengan 59%, 62% dan 65% masing-masing bagi kesemua organisasi Malaysia yang ditinjau.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12800
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comments