top of page
Search

PERJALANAN KESAKSAMAAN USIA

  • tuntastinta
  • Nov 20, 2019
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Sambutan Hari Warga Emas Antarabangsa diisytiharkan pada setiap 1 Oktober oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Tahun ini, sambutannya bertema The Journey to Age Equality (Perjalanan Kesaksamaan Usia) yang selaras Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goal-SDGs) ke-10. Ia adalah antara 17 matlamat diperakukan oleh Sidang Kemuncak PBB mengenai Pembangunan Lestari (UN Sustainable Development Summit) dan perlu dicapai oleh semua negara menjelang 2030. Pembangunan mampan merangkumi agenda alam sekitar, agenda kesejahteraan komuniti dan pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh. Menyedari isu dan cabaran berkaitan penuaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menambah baik Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) pada 2011.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12815

 
 
 

Comentarios


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page