top of page
Search

LEDDARTECH DIIKTIRAF SEBAGAI PENERIMA ANUGERAH INOVASI CES 2020 UNTUK THE LEDDAR PIXELL, SEBUAH LIDA

  • tuntastinta
  • Nov 23, 2019
  • 2 min read

CES mengumumkan pemenang Anugerah Inovasi pada 7hb November, 2019 di New York. LeddarTech akan mempamerkan Leddar Pixell di beberapa lokasi pada CES 2020 QUEBEC CITY, 14 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang menyediakan platform auto dan mobiliti LiDAR paling serba boleh dan boleh skala, terus mengagumkan dengan pengumuman baru-baru ini tentang anugerah di Anugerah Inovasi CES 2020 dalam Kategori Kecerdasan Kenderaan & Pengangkutan yang berprestij. “The LeddarTM Pixell ialah produk yang menjadi contoh komitmen yang dimiliki pasukan di LeddarTech ke arah menangani permintaan daripada pasaran untuk LiDAR berkeadaan pepejal yang boleh diharap untuk memenuhi keperluan aplikasi mobiliti mereka. Kami yakin keselamatan adalah penting dalam pembangunan pemanduan berautonomi dan ketersediaan penyelesaian LiDAR yang kukuh seperti Leddar Pixell yang meningkatkan suit penderia kenderaan, membawa kita semakin dekat kepada zaman kenderaan berautonomi, besar mahu pun kecil, merata di atas jalan raya,” kata Michael Poulin, Naib Presiden Pengurusan Barisan Produk LeddarTech Manfaat Leddar™ Pixell Utama · Pengesanan objek dan VRU boleh diharap · Medan pandangan 180° mendatar yang luas · Tiada zon mati dalam medan pandangan yang dicahayakan. · Ketahanan yang luar biasa · Kilat 3D, reka bentuk keadaan pepejal tanpa bahagian yang bergerak · Kurungan IP67 dengan tingkap kalis impak dan penyambung gred automotif Tonton video Leddar Pixel Leddar Pixell menyepadukan teknologi berpaten LeddarTech yang terbenam dalam LCA2 LeddarEngineTM yang canggih, yang terdiri daripada perisian pemprosesan isyarat digital LeddarCore™ SoC dan LeddarSP yang amat bersepadu. LeddarTech juga menawarkan LeddarEngine kepada pembangun automotif LiDAR dan pembuat LiDAR yang lain, mempercepat ketersediaan penyelesaian LiDAR berkualiti tinggi, diperibadikan kepada pelbagai aplikasi dan pasaran LiDAR yang luas dan semakin berkembang. Sejak pelancarannya pada September 2019, Leddar Pixell telah membuat pameran di beberapa acara perdagangan di seluruh Eropah, Amerika Utara dan Asia. Dalam beberapa bulan akan datang, LeddarTech akan mendemonstrasikan Leddar Pixell di Tech-AD Detroit, 21hb-22hb November, CES di Las Vegas, 7hb-10hb Januari dan di Automotive World 2020 di Tokyo, Jepun dari 15hb-17hb Januari serta lokasi lain sepanjang 2020. Leddar Pixell menyediakan pengesanan yang boleh diharapkan bagi pejalan kaki, penunggang basikal dan halangan lain dalam sekeliling kenderaan dan sesuai untuk platform persepsi yang dimaksudkan untuk memastikan keselamatan dan perlindungan pengguna jalan rentan (VRU). Leddar Pixell telah pun digunakan oleh penyedia kenderaan berautonomi terkemuka di Amerika Utara, Eropah dan Asia. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12802

 
 
 

Comentários


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page