top of page

WARGA AUSTRALIA TOM MATIC MENGALAHKAN JOHAN PROFESIONAL TIGA KALI A.S. GREG ANLIKER PADA PERTANDINGA

  • tuntastinta
  • Dec 4, 2019
  • 1 min read

Juruelektrik dari A.S., Kanada, China dan Australia Bersaing untuk Gelaran ‘Juruelektrik Terbaik Dunia’ dan Wang Tunai dan Hadiah Bernilai Lebih $600,000 SYCAMORE, Ill., Nov 25 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- IDEAL® Electrical menamatkan Kejohanan Kebangsaan IDEAL tahunan kali keempat dengan menobatkan Johan Antarabangsa pertama pada 9 November di Disney’s® Coronado Springs Resort di Lake Buena Vista, Florida. Tom Matic dari Melbourne, Australia membawa pulang gelaran ‘Juruelektrik Terbaik Dunia’ dan sebuah Trak Pikap RAM® 1500 baharu selepas bersaing dengan juruelektrik profesional di seluruh A.S., Kanada dan China dalam pertandingan sengit selama sejam yang memerlukan peserta untuk melengkapkan empat cabaran – salah satunya mencerminkan kaedah pemasangan elektrik yang unik di setiap negara. Pertandingan antarabangsa yang berlangsung julung kali itu diadakan susulan tiga hari pertandingan termasuklah kategori Cabaran Profesional, Pelajar/Pelatih, Kontraktor dan Sekolah. Rakan dan keluarga memenuhi arena untuk memberikan sokongan kepada 162 peserta dari serata A.S. dan Kanada, dan juga johan kebangsaan profesional dari Australia dan China. Johan Mexico menghadiri acara ini sebagai tetamu pada tahun ini tetapi Mexico merancang untuk bertanding pada Minggu Kejohanan 2020. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12837

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page