top of page
Search

HASIL PENYELIDIKAN MACROGEN DARIPADA 'GENOMASIA 100K' YANG DILAPORKAN DALAM NATURE

  • tuntastinta
  • Dec 13, 2019
  • 2 min read

• Bilangan terbesar bagi wilayah dan kaum dimasukkan di dalam mana-mana panel rujukan Asia • Pengenalpastian bagi kepelbagaian genom di dalam kumpulan etnik Asia dan perbezaan dalam tindak balas ubat SEOUL, Korea Selatan, 5 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat perubatan kepersisan dan bioteknologi Macrogen (Pengerusi Jung-Sun Seo, www.macrogen.com) (KOSDAQ: 038290) mengumumkan pada 5 Disember bahawa hasil daripada analisis genom Asia mereka, yang telah dilakukan melalui GenomeAsia 100K Initiative, sebuah konsortium antarabangsa, telah dilaporkan di muka hadapan pada terbitan terkini Nature (artikel yang bertajuk The GenomeAsia 100K Project enables genetic discoveries across Asia atau Projek GenomAsia 100K yang membolehkan penemuan genetik merentasi Asia). GenomeAsia 100K Initiative adalah sebuah konsortium antarabangsa yang tidak mencari keuntungan dan telah menjalankan satu projek penyelidikan massa untuk menganalisis data genom bagi 100,000 penduduk Asia sejak tahun 2016. Organisasi yang terlibat termasuk: Macrogen (Korea) dan Precision Medicine Center (Korea) di Seoul National University Hospital Bundang (SNUBH), Nanyang Technological University (NTU) (Singapura), MedGenome, sebuah syarikat analisis genom (India) dan Genentech, sebuah anak syarikat milik Kumpulan Roche (Amerika Syarikat). Profesor Jeong-Sun Seo, Pengerusi bagi Macrogen dan Profesor Unggul di SNUBH, dan Profesor Stephan Schuster dari NTU bersama-sama telah mengetuai pasukan penyelidikan sebagai penyiasat utama bersama. Analisis genom Asia yang dijalankan oleh GenomeAsia 100K Initiative merangkumi sejumlah 219 kumpulan etnik dari 64 buah negara. Ini terutama sekali amat penting memandangkan daripada semua panel rujukan Asia yang dikumpulkan di seluruh dunia setakat ini, ia termasuk bilangan terbesar bagi wilayah dan kaum Asia. Ini bermakna bahawa penyelidik akan dapat membina dan menggunakan panel rujukan Asia, dan bukannya panel rujukan tradisional Eropah, di dalam penyelidikan bagi penyakit tertentu di Asia. Oleh itu, sumbangan besar ke dalam pembangunan bagi perubatan kepersisan tertentu di Asia akan dijangkakan. Pasukan penyelidik itu telah melakukan turutan keseluruhan genom bagi sejumlah 1,739 orang individu termasuk 598 dari India, 156 dari Malaysia, 152 dari Korea, 113 dari Pakistan, 100 dari Mongolia, 70 dari China, 70 dari Papua New Guinea, 68 dari Indonesia, 52 dari Filipina, 35 dari Jepun, dan 32 dari Rusia. Kajian itu mendapati bahawa kepelbagaian genetik bagi kira-kira 142 kumpulan etnik yang tinggal di Asia adalah jauh lebih besar daripada apa yang ditemui di dalam kajian terdahulu. Berdasarkan kepada kajian ini, ia juga memperakui bahawa kumpulan-kumpulan etnik Asia berbeza dari segi tindak balas mereka terhadap ubat-ubatan utama. Sebagai contoh, sementara sesetengah pesakit memberi tindak balas yang baik kepada antikoagulan Warfarin, yang biasanya diberikan kepada pesakit yang mengalami penyakit kardiovaskular, pesakit lain dengan mutasi genetik tertentu boleh mengalami tindak balas ubat-ubatan yang buruk seperti tindak balas alahan. Penyelidikan itu menunjukkan bahawa sensitiviti Warfarin besar kemungkinan di kalangan individu dari Korea, China, Jepun, dan Mongolia, serta orang lain yang keturunan dari Asia Utara.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12872

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page