YAYASAN MERCK MENGUMUMKAN ANUGERAH PENGIKTIRAFAN MEDIA 'DUDUK DI RUMAH' UNTUK NEGARA-NEGARA
- tuntastinta
- Apr 17, 2020
- 3 min read

· Yayasan Merck meraikan Hari Kesihatan Sedunia untuk meningkatkan kesedaran mengenai Koronavirus. · Rasha Kelej Ketua Pegawai Eksekutif bagi Yayasan Merck memulakan Inisiatif “Terpisah tetapi Masih Berhubungan”. MUMBAI, India, 15 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Yayasan Merck, cabang dermawan bagi Merck KGaA Jerman, mengumumkan panggilan untuk permohonan bagi Anugerah Pengiktirafan Media ‘Duduk di Rumah’ untuk wartawan di negara-negara Asia. Tema bagi anugerah tersebut adalah ‘Meningkatkan Kesedaran tentang Cara untuk Berada dalam Keadaan Selamat dan Menjaga Kesihatan Fizikal dan Mental semasa Sekatan Pergerakan Koronavirus’. Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200414005580/en/ Dr. Rasha Kelej, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Yayasan Merck menjelaskan, “Ini adalah cara kita meraikan Hari Kesihatan Sedunia. Anugerah Pengiktirafan Media ‘Duduk di Rumah’ akan mendorong media untuk menyedarkan masyarakat kita. Meningkatkan kesedaran tentang koronavirus di dalam komuniti kita akan menyumbang untuk menyokong pekerja kesihatan yang berada di barisan hadapan bagi tindak balas COVID-19 - memberikan rawatan dan penjagaan yang berkualiti tinggi dan dengan penuh hormat, ia akan juga meningkatkan usaha mereka di dalam memimpin dialog komuniti untuk mengatasi kebimbangan dan pertanyaan. Ingatan dan fikiran kita ada bersama mereka”. “Memandangkan saya Bekerja dari Rumah sama seperti kebanyakan anda. Saya ingin menyebutkannya sebagai penjarakan fizikal, bukan penjarakan sosial. Marilah kita jaga jarak fizikal kita tetapi masih tetap berhubungan secara sosial, terima kasih kepada teknologi yang ada, kita sebenarnya saling berhubungan pada setiap saat. Yang lebih penting lagi, kita bersatu di peringkat global lebih daripada sebelumnya. Berlatih dengan Penjarakan Fizikal tetapi Tetap Berhubungan secara Sosial untuk kekal sihat dari segi mental dan fizikal,” jelas Dr Rasha Kelej, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Yayasan Merck. Anugerah itu dibuka kepada semua wartawan dari Platform Media Cetak, Dalam Talian, Radio dan Multimedia dari semua Negara Asia. Lebih daripada satu pemenang akan dipilih dari setiap kategori. Karya media yang paling kreatif dan berpengaruh yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kepekaan masyarakat mengenai topik yang membimbangkan ini secara berkala akan layak untuk memenangi anugerah ini. “Oleh kerana kebanyakan orang terbatas di rumah mereka, mereka menghabiskan banyak waktu membaca dan mendengar berita melalui platform yang berbeza. Profesional media, inilah masanya bagi anda untuk membantu orang menjaga kesihatan mental dan fizikal mereka dalam masa yang terganggu ini, melalui karya kreatif, bermaklumat dan bermotivasi anda. Anda boleh membimbing mereka untuk menyesuaikan diri dengan rutin & rentak kehidupan mereka yang baharu dan berbeza,” tegas Dr. Rasha Kelej. Yayasan Merck telah memperkenalkan anugerah ini di Negara-negara Afrika dan Timur Tengah dan akan juga memberikan penghargaan kepada Negara-negara Amerika Latin dalam tempoh beberapa hari lagi untuk melibatkan semua media merentasi Selatan dunia. Butiran mengenai Anugerah Pengiktirafan Media “Duduk di Rumah” Yayasan Merck Siapa yang boleh Memohon: Wartawan dari Platform Media Cetak, Dalam Talian, Radio dan Multimedia dari Negara-negara Asia Tarikh akhir bagi penghantaran: Penyertaan boleh dihantar sehingga 30 Jun 2020 Cara untuk memohon? Penyertaan boleh dihantar melalui E-mel ke submit@merck-foundation.com beserta dengan maklumat anda (termasuk Nama, Jantina, Negara, syarikat Media, alamat E-mel & Nombor Telefon Mudah Alih) dan borang penyertaan sebagai lampiran Kategori dan Wang Hadiah:
KategoriTVRadioCetakDalam Talian
Wang Hadiah (Sehingga)USD 500USD 500USD 500USD 500
Muat turun Aplikasi Yayasan Merck sekarang Google Play - https://play.google.com/store/apps/details?id=de.merck.foundation.googleplay App Store - https://apps.apple.com/no/app/merck-foundation/id1297299793 Maklumat mengenai Yayasan Merck Yayasan Merck, yang ditubuhkan pada tahun 2017, adalah badan dermawan bagi Merck KGaA Jerman, yang bertujuan untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan orang ramai dan memajukan kehidupan mereka melalui sains dan teknologi. Usaha kami adalah terutamanya ditumpukan kepada meningkatkan akses kepada penyelesaian penjagaan kesihatan yang berkualiti & saksama di dalam komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan, membina keupayaan penjagaan kesihatan dan penyelidikan saintifik dan memperkasakan mereka di STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) dengan satu tumpuan khusus kepada wanita dan belia. Semua siaran media Yayasan Merck diedarkan melalui e-mel pada masa yang sama ia tersedia di Laman Web Yayasan Merck. Sila layari www.merck-foundation.com untuk membaca lebih lanjut. Untuk mengetahui lebih lanjut, hubungi media sosial kami: Yayasan Merck; Facebook, Twitter, Instagram, YouTube dan Flickr. Maklumat mengenai Merck Merck adalah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka di dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan-bahan prestasi. Hampir 52,000 orang pekerja berusaha untuk mengembangkan lagi teknologi yang memperbaiki dan meningkatkan kehidupan – dari terapi biofarmaseutikal kepada merawat barah atau sklerosis berbilang, sistem canggih untuk penyelidikan dan pengeluaran saintifik, sehingga kepada hablur cecair bagi telefon pintar dan televisyen LCD. Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck adalah syarikat farmaseutikal dan kimia paling tua di dunia. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti bagi kumpulan korporat yang tersenarai awam. Merck memegang hak global ke atas nama dan jenama Merck. Satu-satunya pengecualian adalah Amerika Syarikat dan Kanada, di mana syarikat ini beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma. Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200414005580/en/ Hubungi Mehak Handa (Pengurus Program Kesedaran Komuniti), Yayasan Merck, mehak.handa@exteral.merckgroup.com, +91-9319606669 Sumber : Yayasan Merck Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. --BERNAMA
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comentarios