BANK MUAMALAT PERLUASKAN KHIDMAT E-ZAKAT MELALUI QR CODE KE DUA LAGI NEGERI
- tuntastinta
- May 14, 2020
- 1 min read
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Pada 29 April lalu, Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) telah mengumumkan khidmat Kod Respon Pantas atau ‘Quick Response Code’ (QR Code) untuk kemudahan bayaran zakat fitrah semua umat Islam di empat negeri di Semenanjung Malaysia, iaitu Melaka, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu. Seiring dengan hasrat Bank Muamalat untuk meluaskan platform e-Zakat ke seluruh negara, dua lagi negeri telah memberikan kelulusan untuk pembayaran zakat melalui QR Code. Kelulusan daripada Majlis Ugama Negeri Sabah (MUIS) dan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah membolehkan umat Islam di Sabah dan Sarawak untuk menyusuli empat negeri terdahulu untuk membenarkan pembayaran zakat melalui QR Code. Inisiatif yang diketengahkan Bank Muamalat ini dapat memudahkan umat Islam untuk membayar zakat tanpa perlu bergerak ke mana-mana. Malah, ia bertepatan dengan situasi kebiasaan baharu hari ini di mana masyarakat tidak dapat membayar zakat melalui amil ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13394
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comments