top of page
Search

BAGAIMANA UNTUK MENERUSKAN PENYUMBERAN DARI CHINA BAGI MEMULAKAN SEMULA KERJA DAN PENGELUARAN SELEPA

  • tuntastinta
  • May 30, 2020
  • 1 min read

SHENZHEN, China, 29 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Semasa pandemik COVID-19, banyak negara mengumumkan kuarantin wajib dan telah menghentikan sementara aktiviti perdagangan dan perniagaan luar talian mereka, tetapi bukan semua aktiviti perniagaan boleh ditangguhkan untuk satu jangka waktu yang tidak ditetapkan. Pembeli global masih perlu membeli produk perindustrian dan produk separa siap dari China untuk meneruskan pengeluaran dan bagi membantu tenaga kerja mereka untuk kembali bekerja. Terdapat satu permintaan global bagi produk perindustrian dan separa siap, dan kilang-kilang China memiliki kapasiti pengeluaran yang mencukupi, tetapi pembeli tidak boleh mengunjungi China semasa pandemik itu dan sekatan yang dikenakan terhadap perjalanan antarabangsa. Namun, terima kasih kepada ECVV.com, mereka kini boleh mencari pembekal yang berkelayakan, untuk memastikan keselamatan pembayaran, dan memastikan pengiriman yang selamat bagi barangan yang dibeli. Ditubuhkan pada tahun 2006, ECVV.com, sebuah platform penyumberan produk perindustrian rentas sempadan, menawarkan perkhidmatan Safebuy yang direka untuk menyelesaikan masalah bagi pembeli global yang mendapatkan produk dari China. Semasa pandemik COVID-19 itu, kelebihan bagi perkhidmatan Safebuy menjadi lebih jelas. Perkhidmatan Safebuy ECVV telah digunakan oleh lebih daripada 3,000 pelanggan antarabangsa sejak ia dilancarkan dan telah membantu agensi-agensi kerajaan, pengeluar, peruncit borong, dan pusat-pusat perkhidmatan di seluruh dunia untuk memperolehi sumber dan mendapatkan produk dari China. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13454

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page